Harini baru nak cerita raya Aidil Adha baru ni.. dah nak dekat seminggu baru la nak cite kan..hehe. Raya tahun ni, simple je, tambah pula, raya tahun ni, tak bersama dengan suami. So raya ala kadar je.
Tahun lepas, raya Aidil Adha sambut dengan suami, di rumah baru kami. Baru beberapa hari duduk rumah tu kalau tak silap. So pagi raya tu, berdua dengan suami di rumah kami. Nida masak Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dengan Jelatah. Tengahari tu baru balik rumah mak nida, sebab dekat je, 5 minit je. Mak belah suami pula dah balik Kg.
Tapi tahun ni, bak kata suami, tak ada nasi tomato, hehe.. suami beraya di perantauan. Masih lagi ada di sana, insyaAllah tak lama lagi balik Malaysia.. tak sabar nak jumpa suami tercinta =) semoga selamat pulang ye syg.
Memandangkan tahun ni sorang je, so dua hari before raya, nida dah balik rumah mama nida, walaupon hanya 5 minit je perjalanan. hehe. Raya tahun ni ala kadar je. Tak ada baju raya baru pon, pakai je baju kurung biasa. Pagi raya tu, cepat-cepat mandi siap-siap nak ikut mak pergi solat raya di surau. Tapi lepas solat, nida balik dulu, tak tunggu mama and papa nida, tak lalu nak tengok penyembelihan tu. Takut tak sanggup tengok, orang kata, kalau kesian, nanti jatuh haram kan, so better tak tengok. Anak buah nida yang umur 10 tahun tu tunggu dengan mak nida skali. Dia ok je. hehe..
Sedondon kan kami..hehe =)
Jauh di mata, dekat di hati..cewahh..hehe.. Suami pakai baju melayu hitam, kita pon nak jugak pakai baju kurung hitam. Untuk pengetahuan, suami nida sambut raya awal, kat Jeddah sambut raya aidil adha ni hari sabtu, kita kat sini hari ahad. Hari sabtu tengahari tu, suami hantar gambar dia lepas solat raya kat sana. So esok nya, nida pon bercadangla nak pakai baju kurung hitam. hehe.. menggedik kan, tak pela, somi kita..hehe..
Kat rumah, tak masak apa sangat, sebab kat surau ada masak daging dengan lauk-lauk lain, dapat bawak balik rumah sedikit lauk dari surau, kat rumah, mama masak bihun sup. Tapi bihun sup mama powerr.. tak macam bihun sup lain.. nida yang tak suka bihun sup ni pon terus suka bila makan bihun sup mama.hehe..
Seharian tak da buat apa, duduk rumah je, makan, makan dan makan...hehe..skali petang tu ke dapur, tengok2 ada ubi kayu rebus dengan sambal tumis pedas.. Peerrggghhhh... terrrrbaaaaekkkkk... hehe..Dulu kecik-kecik, selalu makan ubi kayu ni dengan sambal tumis, sebab dulu belakang rumah ada tanam, tapi sekarang dah tak ada, susah sangat nak jumpa. Kebetulan sehari sebelum tu mama jumpa kat pasar, tau tu feveret papa, mama beli la.. Memang seddaaappp..
ubi kayu rebus bersama sambal tumis bilis..terbaekk..
Memang sedap ubi kayu rebus ni.. tak boleh lawan dengan lain-lain, termasukla LAKSA feveret nida..yee.. letak laksa sebelah ubi ni, memang tak layan. Laksa memang feveret nida, kalau kat rumah mama tu, nida sorang je yang suka makan, so kalau ada jiran2 bagi laksa, semua akan panggil nida, sebab nida je yang makan laksa ni. Sebab tu nida compare dengan laksa, means walaupon benda feveret ada, tapi kalau ada ubi ni, memang tak pandang dah feveret ke tak feveret. Lagipon, kat ipoh ni rumah2, ramai je buat laksa ni.. ramai jeeeee yang makan laksa ni time raya. Dulu kalo raya, balik kg kat parit tu, mak sedara memang menu wajib dia laksa..orang luar je tak tau.Kalau kat perak ni, femes Laksa Kuala, asal dari Laksa Kuala Kangsar.
Eh eh.. dah terlebey plak cite pasal laksa. haha.. kena tukar tajuk entry cam ni..hehe..okla.. itu je la cite raya hari tu..nanti kita sambung lain plak ye.. daaaa....
selamat hari jumaat
ReplyDeletesinggah pagi sis
jauh merantau kan
Betul negara-negara timur tengah beraya pada Sabtu sebab Jumaat jemaah Haji dah berada di Arafah, jadi pada 10 Zulhijjahnya mereka dah mula melontar dan Hari rayalah tu...
ReplyDeletehehe.. kite pun xupdate lagi cerita raya haji.. :p
ReplyDeleteSalam Aidil Adha juga sis..
ReplyDeleteInsyaAllah thn depan dapt beraya dgn suami erk...amin!
wah! sedap ubi kayu dgn sambal tu lama tak makan..
Salam perkenalan, TQ follow..dah follow jgk ye :)
Hahah sama laa akak pun tak update lagi citer raya.. badan tak sihat kan.. rilex laa dlu..
ReplyDeleteHmm sedap tuh.. rebus ubi makan ngan sambal tumis.. :)
tgk ubi tu... wow... yum...
ReplyDeleteeh ...sama pula nama kita.
ReplyDeleteselamat hari raya aidil adha.
Salam Aidul Adha dan salam ukhuwah dari bunda....terima kasih sudi singgah dan follow Teratak Bunda...
ReplyDeletezakiah: jauh suami merantau, sabar je la..huu
ReplyDeletekakzie : haah kakzie, sebab tu dah tau raya nak pakai baju warna apa, nak sedondon dengan suami, hehe
moon: hehe..dah 2 mingggu dah kan raya haji ni, hehe
atiey : hehe..terima kasih. insyaAllah tahun depan dapat beraya dengan suami =)
rinna : hehe.. maknanya bukan nida sorang je la lambat update kan..hehe
allene : ubi kayu tu mmg terrbaeekk..hehe
nieda: hehe..haah..sama, hehe..
bunda : salam ukhuwah bunda, terima kasih sudi singgah blog nida =)
ubi kayu rebus..dh bertahun tak mkn..susah nk cari kt sini
ReplyDelete