Apa itu CERAGEM ?

1:09 PM

Assalamualaikum... Selamat Tengahari  =)


Last entri nida ada cerita pasal rawatan CERAGEM yang nida pergi kan, tapi nida tak cerita kan dengan lebih jelas. Dan ada readers yang nak tahu lebih lanjut mengenai CERAGEM ni. Sebelum tu, terima kasih pada yang masih follow blog nida.



Hari ni nida ceritakan serba sedikit tentang ceragem ni. Ceragem ni rawatan alternatif, berassal dari Korea. Perawatan ni adalah menggunakan sebuah Katil. Bukan katil biasa, katil ni merawat tulang belakang dan menggunakan 5 konsep iaitu  :





 - Massage

 - Accupressure

 - Moxibustion

 - Far Infrared Ray

 - Chiropractic


Mengapa merawat tulang belakang pula? Sedangkan sakit tak ada kait dengan tulang belakang. Betul ke sakit sakit kita ni tak ada kaitan dengan tulang belakang? Tulang belakang la tunjang utama, di situ Saraf tunjang kita dan saraf periferi dari tulang belakang ke seluruh organ. Kadang-kadang kaki kebas kebas, kita urut pakai minyak panas kan? Salah satu puncanya, mungkin saraf di bahagian kaki yang dari tulang belakang, terkepit atau tertekan di bahagian tulang belakang. Sebab itu la kena merawat tulang belakang dulu.

Nida tak pandai nak cerita sangat, tapi kat sini nida copy paste  nida ambil penerangan tentang Ceragem ni dari blog Dr. Zubaidi :



Rawatan ini percuma ya. Dan ianya bukan di Malaysia sahaja, ada berapa puluh negara tah, nida tak ingat, 74 buah negara kalau tak silap. Dekat Malaysia ni ada 34 buah cawangan. Kenapa free? Scam ke? Tak tak. rawatan yang diberikan adalah percuma kerana itu salah satu strategi pemasaran mereka. Orang kata free trial. Tapi, tak kisah kita nak pergi bape kali, tetap free. pergi hari hari berbulan bulan pon tetap free, ada pakcik tempat yang nida pergi tu, dah bertahun datang ceragem hari hari.

Mereka yakin dengan produk mereka, so mereka bagi rawatan percuma. Bila orang pergi, orang sembuh, mereka akan sebarkan pada keluarga, rakan rakan untuk mencuba. Yang mana pergi dan rasa perbezaannya, dan kalau mereka mampu, mereka boleh beli katil tu. Tapi pada siapa yang tak mampu nak beli, tak apa je, datang je setiap hari, diorang tak penah paksa untuk beli atau tiap tiap hari cerita suruh  beli, tak tak. Diorang hanya akan beri ceramah kesihatan. Bagus jugak selalu info info kesihatan yang diberikan.

Doktor doktor pon ramai je yang datang ke Pusat Rawatan Ceragem ni, Ada je doktor yang beli katil ni, sebab mereka sendiri lebih memilih perubatan alternatif berbanding pengambilan ubat.

5 konsep ini la yang ada pada katil ceragem.


Apa sakit sakit yang boleh dirawat dengan katil CERAGEM ni?

Apa apa sakit yang dialami, boleh cuba, sebab Ceragem ni dia merawat dari tulang belakang dan mempunyai Far Infrared Ray. Banyak jugak pakcik makcik yang nida jumpa dekat CERAGEM tu yang dah sembuh, sihat, boleh berjalan macam biasa. Ada yang masalah stroke, tak boleh berjalan, ada yang batu karang, dan terbaru ni hari tu, jumpa seorang adik ni, umur 15 tahun ada masalah period, period jarang datang, sakit pada ari ari. Adik ni kena paksa datang ceragem dengan ayah dia mula mula, tapi sekarang, dia sendiri yang nak datang sendiri, sebab period dia da ok, tak ada masalah senggugut, sembelit lagi. 


Di Mana Pusat Rawatan Ceragem ni? 

Ada 34 pusat rawatan ceragem ni di Malaysia, bawah ni senarai nya. Kalau ada sesiapa yang nak contact number pusat rawatan ni, bagitahu nida, nanti nida mintak details dari pusat rawatan sini ya =)



Sampai sini aje lah entri kali ni ya, kalau ada apa apa nak tahu lagi, boleh tanya nida ye =)






You Might Also Like

0 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images