Friday, November 13, 2015

Apa itu CERAGEM ?

Assalamualaikum... Selamat Tengahari  =)


Last entri nida ada cerita pasal rawatan CERAGEM yang nida pergi kan, tapi nida tak cerita kan dengan lebih jelas. Dan ada readers yang nak tahu lebih lanjut mengenai CERAGEM ni. Sebelum tu, terima kasih pada yang masih follow blog nida.



Hari ni nida ceritakan serba sedikit tentang ceragem ni. Ceragem ni rawatan alternatif, berassal dari Korea. Perawatan ni adalah menggunakan sebuah Katil. Bukan katil biasa, katil ni merawat tulang belakang dan menggunakan 5 konsep iaitu  :

 - Massage

 - Accupressure

 - Moxibustion

 - Far Infrared Ray

 - Chiropractic


Mengapa merawat tulang belakang pula? Sedangkan sakit tak ada kait dengan tulang belakang. Betul ke sakit sakit kita ni tak ada kaitan dengan tulang belakang? Tulang belakang la tunjang utama, di situ Saraf tunjang kita dan saraf periferi dari tulang belakang ke seluruh organ. Kadang-kadang kaki kebas kebas, kita urut pakai minyak panas kan? Salah satu puncanya, mungkin saraf di bahagian kaki yang dari tulang belakang, terkepit atau tertekan di bahagian tulang belakang. Sebab itu la kena merawat tulang belakang dulu.

Nida tak pandai nak cerita sangat, tapi kat sini nida copy paste  nida ambil penerangan tentang Ceragem ni dari blog Dr. Zubaidi :



Rawatan ini percuma ya. Dan ianya bukan di Malaysia sahaja, ada berapa puluh negara tah, nida tak ingat, 74 buah negara kalau tak silap. Dekat Malaysia ni ada 34 buah cawangan. Kenapa free? Scam ke? Tak tak. rawatan yang diberikan adalah percuma kerana itu salah satu strategi pemasaran mereka. Orang kata free trial. Tapi, tak kisah kita nak pergi bape kali, tetap free. pergi hari hari berbulan bulan pon tetap free, ada pakcik tempat yang nida pergi tu, dah bertahun datang ceragem hari hari.

Mereka yakin dengan produk mereka, so mereka bagi rawatan percuma. Bila orang pergi, orang sembuh, mereka akan sebarkan pada keluarga, rakan rakan untuk mencuba. Yang mana pergi dan rasa perbezaannya, dan kalau mereka mampu, mereka boleh beli katil tu. Tapi pada siapa yang tak mampu nak beli, tak apa je, datang je setiap hari, diorang tak penah paksa untuk beli atau tiap tiap hari cerita suruh  beli, tak tak. Diorang hanya akan beri ceramah kesihatan. Bagus jugak selalu info info kesihatan yang diberikan.

Doktor doktor pon ramai je yang datang ke Pusat Rawatan Ceragem ni, Ada je doktor yang beli katil ni, sebab mereka sendiri lebih memilih perubatan alternatif berbanding pengambilan ubat.

5 konsep ini la yang ada pada katil ceragem.


Apa sakit sakit yang boleh dirawat dengan katil CERAGEM ni?

Apa apa sakit yang dialami, boleh cuba, sebab Ceragem ni dia merawat dari tulang belakang dan mempunyai Far Infrared Ray. Banyak jugak pakcik makcik yang nida jumpa dekat CERAGEM tu yang dah sembuh, sihat, boleh berjalan macam biasa. Ada yang masalah stroke, tak boleh berjalan, ada yang batu karang, dan terbaru ni hari tu, jumpa seorang adik ni, umur 15 tahun ada masalah period, period jarang datang, sakit pada ari ari. Adik ni kena paksa datang ceragem dengan ayah dia mula mula, tapi sekarang, dia sendiri yang nak datang sendiri, sebab period dia da ok, tak ada masalah senggugut, sembelit lagi. 


Di Mana Pusat Rawatan Ceragem ni? 

Ada 34 pusat rawatan ceragem ni di Malaysia, bawah ni senarai nya. Kalau ada sesiapa yang nak contact number pusat rawatan ni, bagitahu nida, nanti nida mintak details dari pusat rawatan sini ya =)



Sampai sini aje lah entri kali ni ya, kalau ada apa apa nak tahu lagi, boleh tanya nida ye =)

Wednesday, November 11, 2015

Happy me =)

Assalamualaikum.... dann Selamat Pagi.. Salam Ceria ceria =)


Hee..kita kena mulakan pagi dengan ceria, barulah hari kita akan geria, gembira dan indah.. ceywah..hehehe..Sekarang insyaAllah nida dah ada masa nak blogging, yeaaayyy.. now i am  temporary Work At Home Wife. hehehe.. Why temporary pulak? Sebabnya, nida tengah  bercuti sementara sekarang ni, nak buat rawatan untuk masalah kulit sensitif nida ni, kalau masih bekerja macam susah je asyik nak keluar ofis dan ambil cuti kan.

Pada mulanya nida nak letak jawatan, tekad la kononnya, memandangkan keje nida selalu kena pergi site panas panas, dan ianya membuatkan kulit nida sangat teruk. Tak tahan kalau pergi site tu, habis merah merah dan bengkak bengkak, nida kena berselubung satu badan, pakai purdah segala dengan spek mata hitam, fuuuhh...

Kebetulan baru baru ni, mak ayah nida jumpa rawatan alternatif ni, so why not mencuba kan. Cumanya rawatan ni lebih elok buat setiap hari, nama pon rawatan alternatif kan, so tak kan la dia boleh pulih dalam masa sehari dua or seminggu, ianya memakan masa.

Sebelum nida mula bercuti, ada jugak nida pergi masa kerja. Mintak perlepasan dari bos, Alhamdulillah bos bagi, tapiiii, tempat rawatan tu agak jauh, dari ofis nida pon dalam 20 minit camtu, belum masa menunggu sebelum rawatan. Rawatan pulak, satu sesi 40 minit, perjalanan pulang ke ofis semula 20 minit. Gitu gini gitu gini, adalah memakan masa dalam 2 ke 3 jam.

Takkan la tiap tiap hari masuk ofis, lepas tu nak keluar 3 jam sehari, belum lagi lunch hour sejam. Kalau pergi lunch sejam lepas tu terus pergi buat rawatan 3 jam, dah makan masa 4 jam. Fuuuh. Sehari keje sepatutnya 8 jam, ni jadi 4 jam je sehari. Gaji dapat full macam keje 8 jam. Kalau sekali sekala tak pela kan, tak kan hari hari keje 4 jam je. Amboii makan gaji buta. Kita niat nak sihat badan, tapi kita curi masa keje, free free je dapat gaji kan, fikir balik, berkat ke? Walaupon kadang kadang time ofis ada jugak bukak fb, tapi yang ni macam melampau sangat, tak buat kerja tapi dapat gaji free kan, So sebab tu la nida tekad nak letak jawatan.

Tapi bila nida suarakan niat nida untuk letak jawatan pada bos, dan ceritakan masalah, bos kata tak perlu la nida letak jawatan, dia beri nida ambil cuti panjang tanpa gaji. Yes, Unpaid leave. Bos kata tak apa, sebab untuk kesihatan. Alhamdulillah dapat bos yang baik.

So di sini la nida sekarang, mengarang blog dengan gembiranya tanpa perlu rasa bersalah rasa macam dapat gaji free, nak buat rawatan 4-5 jam ke, nak blogging ke, nak meniaga online ke, nak main dengan anak anak buah ke. Cause im free now, hehe, even for temporary, but im HAPPPPPPPPPYYYYYY =)

Oh, berapa lama nida akan bercuti? Agak lama jugak, tapi tengok la pada keadaan, jika nida diberi kesembuhan awal, insyaAllah masuk awal. Atau mungkin nida nak terus kekal as WAHW?? mana tau kan. Impian gak tu, hehe.

Rawatan alternatif apa yang nida buat? lupa pula nak bagitahu. Mungkin ada orang pernah dengar sebelum ni, mungkin tak pernah dengar. Nida buat rawatan dengan Ceragem. Ceragem ni kalau tak silap nida, ada 34 cawangan di Malaysia. Why Ceragem? sebeab nida dah pergi sekali dua, dan nampak ada yang berkesan, so apa salahnya mencuba kan?

Eh, ok la, suami nida dah balik, nida nak siap siap pergi buat rawatan. muuuaaackkkkkssss... jumpa lagi =)

Tuesday, August 18, 2015

korea,kosmetik, k-pop!

Korea...korea... bila sebut je nama korea... semua orang dah terbayang artis kpopnya.. jambu  & yang perempuannya pulak muka licin!



sumber google.com




Tapi bagi sesiapa yang yang pernah ke negara asal runningman ni dah pasti tahu ianya sebenarmya syurga shopping! Yup! Especially untuk kosmetik & broch baju @ tudung..




Antara kedai- kedai kosmetik yang terdapat di korea


Brand kosmetik dari negara korea ni rasanya tak perlu di perkenalkan lagi. Sapa tak kenal dengan face shop, tony moly , missha umar ,nature republic & banyak lagi! Sebab tula kalau geng-geng semua perasan yang artis korea ni selalunya kulit mesti licin macam lantai...hehe..  dan sebab tula harga barangan kosmetik di korea lebih murah berbanding di Malaysia.



Antara jenis- jenis brooch korea yang menawan hati =) 


cantik lagi menawan ... yeah!

Ok cukup pasal kosmetik...korang semua Pernah dengar tak pasal broach korea?  Mesti korang dah tau pasal kecomelan & kekilatan broach korea ni kan? Blink! Blink!.. bayang kan tiap tiap kali nida ke sana mesti akan bawak balik broach korea ni. Broach ni memang cantik espicially kalau kena dengan warna tudung yang kita pakai..



Group Seoul Bucket di FB 



Pada sapa yang berminat nak dapat kan barang barang dari korea macam broach , sudu, kosmetik atau macam macam lagi..boleh la follow ig seoul bucket atau mana yang tiada ig boleh la follow group seoul bucket di facebook untuk dapatkan live update dari seoul...Palae-palae! (Maksudnya cepat cepat!)

Pre- order masih boleh di buat... kami menawarkan barangan pada harga tokey boleh nagissssss... huwaaaa


cari seoul_bucket di instagram


follow seoul_bucket
follow seoul_bucket
follow seoul_bucket

Thursday, August 13, 2015

Shopping Barang Korea Murah

Assalamualaikum...


Selamat petang semua.. lama dah tak membebel kat sini..hehe..hari ni ada masa sket, boleh la update.. haa....tengok tajuk post, best tak? hehe..shopping barang korea..


Siapa sini peminat KPOP?? hahah...nope,, nida tak minat kpop.. Siapa sini peminat KDRAMA?? hahahah...ye..yang ni, nida minat,hehe, tapi tak da la fanatik sangat,sebab tak ada masa sangat nak tengok, tapi kalau dah start tengok, memang susah la nak stop, hehehe... dann..Siapa sini peminat RUNNINGMAN??? yeee...itu pon nida, hahahah...


Sebab tu nida suka pergi korea, saja suka jalan-jalan, tengok culture diorang dannnn...paling bestt...shoppingggg!!! hehe..ye...shopping sana best, especially Produk Kosmetik. Sangatla banyak produk diorang dan sangat murah banding dengan kat Malaysia ni. Brand-brand pon macam-macam.
Antara produk feveret nida is Nature Republic, Face Shop dan Etude House.





Siapa nak shopping barang korea murah-murah?? Yang nak shopping barang korea murah, boleh join group nida kat FB, search group Korea Stuff. Alang-alang nida berjalan ke sana, so nida jadi personal shopper sekali. Siapa-siapa nak order barang korea, boleh la. Next trip ke Korea will be end of this month, dan barang akan start posting pada 1 September, insyaAllah. So, siapa yang nak order barang, kalau boleh, please order last on 25 august ni. Korang boleh join group fb, or boleh pm nida kat fb ye =)

Ni antara produk atau barang yang orang selalu kirim, antaranya :

Sudu Panjang Korea
Brooch Korea
Cotton Korea
Face Mask Korea
All skin care from Korea
Kpop stuff

Search group ni dan request masuk ye, nanti nida approve =)


sudu panjang korea


baju runningman boleh tarik nama =)


Nature Republic aloe vera mist

Face mask


Dan banyaakkkkk lagi produk-produk. boleh tengok dalam group nanti ya =) Kamsahamnida


Membina Mahligai Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Memori Kami

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis