Perbelanjaan ke Gold Coast,Australia.

4:55 PM

Salam.. Hi korang..

Harini nida nak share bajet untuk bercuti ke Gold Coast,Australia. Setelah sekian lama,hampir 3 bulan,baru hari ni dapat nak share bajet ke sana. So,sebelum terlupa,baik nida catit kan segala perbelanjaan nya ;) So,jom mula :

1.Tiket Flight
- Tiket flight bergantung nasib gak,kalo dapat grab time Air Asia buat promo,ok la. Tiket flight kalo dapat dalam 2k-2.5k return untuk 2 orang,kira ok la tu..maybe kalo betul2 promo,boley dapat lagi murah.

2. Apartment
- Before pergi tu,nida buat research,kebiasaan apartment kat sana range harga dlam RM 230- RM 300. Tapi price tu kalo booking awal. Memandangkan nida nak pergi haritu lagi seminggu baru nak booking,so semuanya berharga RM 350-RM480.. sedih gak mula2,sebab bajet apartment satu malam paling mahal pon dalam RM 280, sebab kitorang nk book untuk 4 malam. Tapi.. alhamdulillah,rezeki kami..nida terjumpa satu apartment ni kat agoda,apartment dia dekat sangat dengan bus stop. Decide nak stay situ,tapi price kat agoda dalam RM310 camtu la,so nida google apartment tu. Luckily,jumpa laman web tu,dan kebetulan,dia tengah buat promo. Untuk 4 malam,kitorang dapat AUD 336 dolar, darab dengan 3.27 = RM 1098.72 muraaah banding dengan agoda dan apartment lain. Satu malam jatuh RM 275, so still dalam bajet ;) memang murahla kalau banding apartment lain sebab apartment lain sume dah rm300 ke atas bila booking last minit. Tapi kalau booking 2,3 bulan awal,boley dapat murah lagi dari RM 275 tu. Oh,lupa lak nak bagitau apartment yang kami duduk tu,nama dia Bay Lodge Apartment. Memang terletak dekat dengan Surfers Paradise,kalo naik bas,turun dekat bus stop cypress ave, stop selepas surfers paradise.

3. Transport
- Sepanjang 5 hari kat sana,kitorang just guna public transport,apa lagi kalau bukan bas,hehe.. So kami beli translink card,macam ala2 kad touch n go kita.. Translink card tu harga AUD 5 dollar, kitorang beli 2, sorang satu. Setiap kad kitorang topup Aud 45 dollar.. So total 2 kad, AUD 100 dolar = RM 327. Tak bape nak jimat sangat sebab korang boley sewa kereta,paling murah,hyundai getz 2 pintu, dalam AUD 30 dollar sehari kalau tak silap.

4. Tiket Theme Park
- tiket theme park ni kalau beli satu-satu theme park,mahal. Price satu theme park AUD 79.99 dollar. Tapi kalau beli vip pass,3 theme park AUD 99.99 dollar,so untuk 2 orang,AUD 199.98 dollar = RM653.93. Tiket ni nida beli online,dekat www.myfun.com.au. Tapi baru-baru ni,husband bagitahu nida,kawan dia nk bawak family dia pergi sana,tiket vip pass tu skarang harga dia AUD 109.99 dollar. Dah naik harga. Rajin-rajin jenguk web tu untuk tengok update harga ye.
- Untuk tempat yg boley pegang kangaroo tu,ada dua tempat. Tempat yang kitorang pergi adala Paradise Country. Tiket seorang AUD 30 dollar,total 2 orang AUD 60 dollar = RM 196.20. Tapi tempat ni tak digalakkan pergi kalau korang tak sewa kereta,sebab perjalanan dari jalan besar ke entrance dia lebih kurang 1.5km. Tak ada bas yang masuk ke dalam.
- So kalau tak ada kereta,nak naik bas,korang still boley pegang kangaroo,hehe.. Korang pergi ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Tapi sini mahal sket. Sorang tiket AUD 49.99 dollar.

5.Makanan
- Kitorang tak bawak banyak makanan dari sini memandangkan kastam diorang ketat,so just bawak satu pek maggi. Itu saja.
-First day pagi,pergi mart,beli biskut,roti,tuna,spageti,air mineral 2, AUD 30 dollar = RM98.
- First day tengahari,kami makan buffet dalam movie world, pemegang vip pass beli kupon buffet restoran tu secara online dapat AUD 19.99 dollar, 2 orang AUD 39.98 dollar = RM 130.70. Sangat jimat dari harga asal, means bayar on the spot, AUD 29.99 dollar. Restoran ni nama dia American Rick Cafe,ada certificate halal tepi cashier. Boley beli online kat myfun.com.au gak
-makan kebab dekat Ali Kebab, satu Aud 9.99 dollar. Kebab dia besar..makan petang,kenyang sampai malam. Dua kali kitorang makan kebab ni,so total AUD 39.96 dollar = RM 130.60
- Lain2, jus oren AUD 4 dollar, Coke AUD 4 dollar, Mineral water AUD 2 dollar.

6. Shopping
- Shopping ni depend pada korang la,banyak korang shopping,banyak la duit korang melebur..matawang sana tinggi.. Time kitorang pergi dulu 1 AUD = RM 3.27
- untuk shopping,nida habis lebih kurang AUD 350 dollar,husband plak AUD 250 dollar. Total AUD 600 dollar = RM 1962.

So.. Total bajet kitorang hari tu,korang ley tambahkan semua yang nida bold kasi tebal tu. Korang kira la sendiri ye..he.. Kalau korang ada apa2 pertanyaan,dialu-alukan ;)

You Might Also Like

25 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images