Thursday, May 17, 2012

Makanan Halal di Seoul,South Korea

Assalamualaikum, hye korang..

Harini i nak share kat mana korang boley cari makanan halal kalo korang pergi bercuti ke korea..


Mula-mula ingat nak share itinerary ke korea n tempat2 menarik kat sana, tapi memandang ianya bakal memakan masa yang lama, entry tersebut bakal di kongsi di lain masa ye.. 
So kali ni i just share about food in Seoul..

Sekarang ni Air Asia tengah buat PROMOTION kan, so kalo ada duit lebey boley la grab ke korea...tak rugi pergi korea, best, pergi sekali rasa nak pergi lagi...hehe..


Korang boley pergi sendiri je, tak perlu guna tour guide pon tak pe, sebab senang je nak jalan-jalan dekat sana..plus boley cut cost..
kalo tak silap, kalo pergi guna tour guide, kos dalam RM3K-RM4K seorang kot..
Tapi kalo pergi sendiri, RM3K-RM4K tu dah cukup untuk 2 orang, 4hari.. Kalo pergi lama, tambah sket je, banding tourguide yang kosnya dua kali ganda..

Okey, berbalik pada tajuk asal, kat mana nak cari makanan halal kalau pergi sana kan...
Okey, the only tempat yang i rasa ada makanan halal adalah dekat ITAEWON.Kat Itaewon ni memang banyak tempat makanan halal..
kat sini memang tempat muslimim ramai..kat sini jugak la korang boley jumpa masjid.. =)


Dan kat sini banyak restoran-restoran halal macam restoran arab, pakistan dan tanjung rambutan lain-lain. Sume yang ala-ala macam tu la..


Tapi kalo makan dekat restoran macam tu, agak mahal la..range harga satu set untuk dua orang, dalam RM200-RM300..ada nasi, lauk kari, daging kambing dan lain-lain..kalo memang tak kisah dengan harga tu, boley je la  makan kat restoran2 tu..


But for me n syg, kitorang tak makan pon kat restoran tu..
First sebab harga dia mahal, second is, risau masakan dia tak kena dengan tekak den.. one of my friend penah makan, price rm 200++, tapi dia lansung tak boley telan, so membazir di situ..

So...kat mana nak makan dekat sana kan? Kalo nak murah, boley la makan kebab-kebab je..hehe..kat itaewon ni banyak kedai jual kebab and sedap2..
Tapi hati-hati sebelum masuk, sebab ada satu kedai ni, nampak macam ala-ala kedai kebab, tapi sebenarnya kedai tak halal..so tengok betul-betul before masuk ye..


Antara banyak-banyak kedai, kedai yang menjadi pilihan kami ialah kedai Mr. Kebab
kedai Mr. Kebab ni memang femes, plus sedap.. 
kat sini ada beberapa set yang korang boley pilih..harga untuk satu set bermula dari KRW 6800 kalau tak silap, bersamaan hampir-hampir RM21. 


Set yang kami pilih tu, ada kebab, kentang bakar n air..kebab dia sedapp..n kentang bakar dia, sedaaap sangat...
series, sampai sekarang teringat2 kan kentang bakar dia..*syg, jom pegi makan kentang bakar kat Mr. kebab lagi..puuhhlliisssss...okeh, meh nak share gambar kedai Mr. Kebab tu..

Dari luar Mr. Kebab


Mr. Syg tengah makan kentang bakar yang sedaappp sangat...nak lagiiii..

ramah betul org ni time kitorang dtg...syg cakap, dulu dia dtg tahun 2010, serius je org ni..


me with kebab...ngehngeh...



L.O.V.E =)

Habis cerita pasal kebab..
okey, kalo korang ni kipas susah mati nasik..tak boley tak makan nasik, tapi tak nak makan makanan yang sampai RM200-300 tu, korang still boley makan nasik jugak..

Camana?
haaa...korang boley beli nasik segera.. 
just prepare bawak lauk dalam tin siap-siap dari Malaysia..sampai sana nanti, beli je instant rice tu, now, korang boleyla makan nasik...

Harga instant rice ni lupa plak,rasanya dalam 1000 won or 1000won++ je, means dalam RM3 lebih la..macam mana rupa nasiknya, okeh meh tengok kat bawah ni..
*Pic from google...
Macam ni la rupa instant rice ni, yang kitorang beli hari tu memang sebijik macam ni.

Instant rice ni korang just panaskan dalam microwave dalam 3minit cam tu da cukup..dah boley makan dengan lauk yang korang bawak..nyum2...
Okey, kat mana nak dapat kan nasik segera ni?
korang boley dapatkan nasik segera ni dekat mart-mart ala2 7-eleven.. kat sana banyak kedai macam 7-Eeven tu..

Jalan je mana-mana mesti jumpa kedai-kedai tu..antara kedai-kedai nya, GS-25. Kedai ni i suka masuk..diorang pon cakap kedai my favorite, huhu...

Ni la gambaran kedai tu..

kat sini macam-macam ada...

Selain kedai GS-25 ni, banyak lagi mini mart macam ni, sepanajang jalan, ada 2,3 kedai ni..antaranya...

 Pic from google


Pic from google


Okey..sekian la cerita nya kat mana nak cari makanan halal kat korea ni..oh..cara pegi ke ITAEWON..sangat senang..tu dalam lain entry la ye..kalo ada apa-apa nak tahu, just tanya je okay..=)




6 comments:

Cik Zimie said...

eeee korea.nak jugak! hahah bila kan ku jejak bumi itu..

Cik Bhulat said...

hensem nya abang chef tu :)

Syima Syaz said...

tu yang leceh skit gi luar dari mesia ni kan...makanan tu yg leceh.dah la i jenis memilih makanan...

tp 1 day nak gi jugak.siap2 bawak sambal ikan bilis...hehehehhee

afee ali said...

Rindu nak pg korea lg... :'(

Diana said...

Terima Kasih dengan Info yang diberi, saya bakal pergi ke Korea nanti. Lepas ni senang la saya dan kawan-kawan nak cari makan dekat sane. =)
http://nonenanamilah.blogspot.com/

Anonymous said...

Boleh tak emel saya.nak tanya sedikit mngenai seoul.
nurhidayah2301@gmail.com

Membina Mahligai Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Memori Kami

Daisypath Anniversary tickers

Jenguk-jenguk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis