Assalamualaikum..
Lamanya tinggalkan blog lepas last entry. Janji nak update pasal kipas plak,tapi xda kan. Kali ni memang betul2 sibuk. Seriously..agak stress jugak..
Dalam masa dok sibuk2 nak pindah rumah,ofis pon tengah mengembangkan pejabatnya,so double sibuk,plus time tu pon banyak je keje kena buat,triple sibuk,tapi xpe,kita berlagak cool je,buat-buat rilex xda keje..
Malas nak cite pasal kipas,sebab tak menarik pon. Kipas biasa je..so xpayah la nak tunjuk2,korang nengok pon bosan. So i cite benda lain je la. Esok,genap la seminggu me n husband stay dekat Astana Qaseh ni haa..husband cuti lama kali ni,sebab banyak nak setel hal rumah. Banyak barang nak angkut dari rumah mama.
Langsir yang ditempah dua minggu lalu,sudah siap,dan sudah siap dipasang seminggu lalu. I tempah tempat murah2 je,sebabnya,ofcoz nak jimat. Our house is semi detached single storey and end lot. So agak banyak la tingkapnya. Every each of the room ada tingkap. Bilik first and fourth,ada 2 tingkap. So harusla cari yang murah-murah je..murah-murah pon,rasa pengsan jugak la bila tgk quotationnya,tapi demi qaseh, ku sanggup kan jua la.
Untuk mudah dan jimat,i pilih 2 sahaja warna langsir. Satu untuk tingkap bilik-bilik. Satu lagi untuk pintu utama (sliding door) dan juga pintu bilik. Untuk langsir tingkap setiap bilik,semuanya sama warna. I choose red colour! Yes! Sebab apa i pilih red?tak da sebab..haha..time tu tengok kain-kain nya susah nak jumpa yang berkenan. Tiba-tiba terpandang yg merah tu,terus berkenan..so malas dah nak cari yang lain. Amek saja merah tu.
Untuk tingkap bilik ni,i buat langsir jenis biasa je. Pakai railing. Dan buat jahit simple je. Kosong. No ropol-ropol. I dont loike. Less is more. So,ini la rupa langsir tingkap bilik.
Abaikan katil yg comot itu..time ni penat gile kemas rumah. Main sarung je cadar,tak gosok pon.huhu
Simple..but i loike..
Next is langsir pintu. Pintu sliding dan juga pintu bilik. This one i pilih warna gelap,and warna ma favorite. Brown! I love brown and green,but green curtain is not acceptable.blergh. Untuk pintu bilik dan pintu sliding,i choose same design,same colours and same material and ofcourse same price. So senang lumpsum kan. But this time,i tak buat jenis railing. I buat jenis eyelet dengan kayu. Nak bampak molek + cun sket. Barula Qaseh berseri-seri kan.. Untuk hanging dia,i pilih kayu,sebab suka warna dia. Tak suka besi. Sooo.. Inilah langsir qaseh yang simple tapi ayuuu gitew..
Qaseh di malam hari
Langsir untuk setiap bilik..simple yet nice :)
Itu je la update pasal qaseh. Next-next,i cerita pasal kitchen cabinet,dining table plak ye.