First Holiday in 2014

11:02 PM

Assalamualaikum..


Last week pergi bercuti. Percutian pertama untuk tahun 2014 ni. Hope bukan yang terakhir, looking forward for another holiday,hehe..

Kali ni bercuti dekat je, bercuti ke Kuala Terengganu. Pergi berlima, me,my suami, my adik n my papa mama :) dari ipoh kami naik bas starshuttle ke LCCT. Ki tak drive ke sana,sebab nanti badan tak larat,so kami decide naik flight je. Tiket kalau tak silap pergi balik RM150 seorang.

Flight kami awal pagi,pukul 7.00 pagi, dekat pukul 8.00 pagi dah sampai sana. Sampai airport,kami sewa kereta. Dapat sewa RM100 sehari,kereta blm saga. Kami kat sana 4 hari, tapi hari keempat tu tak full, so kami dapat RM380 untuk 4 hari tu.

Dah dapat kereta,kami pon memulakan perjalanan. Awal pagi tu pergi breakfast dulu. Breakfast dekat food court dekat area Pantai Batu Burok. Dah sampai Terengganu,haruslah makan makanan Terengganu kan,so kami breakfast Nasi Dagang pagi tu. Nasi Dagang sana memang lain la dengan yang ada kat ipoh ni. Of course la sana pure kan. Gulai ikan dia pon tak sama sini,ikan fresh. 

Lepas breakfast tu,kami pon mulakan perjalanan. Mula-mula pergi Masjid Terapung. Tapi time tu masjid tu tengah cuci,so,pusing-pusing luar je. Oh lupa nak bagitahu,kami jalan-jalan sana tak bawak gps,guna application waze je. Memang ok guna waze, dia banyak bagi jalan shortcut. Lepas pergi Masjid Terapung,pergi ke Masjid Kristal plak. Dekat Masjid Kristal pon tak lama,sebab last two years mama and papa dah pernah datang,n me pon dah pernah. Next nya ingat nak pergi Taman Tamadun Islam,tapi tutup. Taman Tamadun Islam ni tutup setiap hari Selasa ye. So kalau nak pergi,pastikan bukan hari selasa. Apa yang memarik dekat Taman Tamadun Islam ni? Nanti i cerita kemudian ye. 

Seterusnya kami pergi ke Pasar Payang. Pusing-pusing je cuci mata,tak shopping lagi, hari first kan. Lagi pon time tu masing-masing dah tak larat. Dah pusing-pusing, penat,zasss,terus check in hotel. Awal jugak check in,sebab masing-masing tak larat dan mengantuk. Ye la,malam tu naik bas pukul 11.30, sampai LCCT pukul 3.30 pagi, tak tidur pon,rehat2 macam tu je. 

So bila dah check in hotel,apalagi, masing-masing melelapkan mata la. Haha. Sampai pukul 4 petang,lebih kurang macam tu la. Dah bangun,siap-siap mandi sume, kami pon keluar semula. Pergi mana? Ofkos pergi cari makan. Kami pergi makan tempat Celup-Celup Tepung. Suami dah google awal-awal.

Kami makan celup-celup tepung tu dekat area belakang Airport Kuala Terengganu,kalo tak silap,nama tempat tu Teluk Ketapang. Kami makan Udang, Sotong,Kepok Lekor wajib! Hehe. Ikan pari,Ikan kembung. Ikan Kembung kat sana fresh!! Suka giler. Memang makan puas-puas. Kitorang amek banyak, termasuk air,tak sampai RM40 pon untuk 5 orang. Huwaa.. Mata dah ngantuk,sambung nanti ye :)

Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Nasi Dagang FoodCourt Pantai Batu Burok. Kedai ni pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan.








You Might Also Like

9 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images