Happy me =)

11:21 AM

Assalamualaikum.... dann Selamat Pagi.. Salam Ceria ceria =)


Hee..kita kena mulakan pagi dengan ceria, barulah hari kita akan geria, gembira dan indah.. ceywah..hehehe..Sekarang insyaAllah nida dah ada masa nak blogging, yeaaayyy.. now i am  temporary Work At Home Wife. hehehe.. Why temporary pulak? Sebabnya, nida tengah  bercuti sementara sekarang ni, nak buat rawatan untuk masalah kulit sensitif nida ni, kalau masih bekerja macam susah je asyik nak keluar ofis dan ambil cuti kan.

Pada mulanya nida nak letak jawatan, tekad la kononnya, memandangkan keje nida selalu kena pergi site panas panas, dan ianya membuatkan kulit nida sangat teruk. Tak tahan kalau pergi site tu, habis merah merah dan bengkak bengkak, nida kena berselubung satu badan, pakai purdah segala dengan spek mata hitam, fuuuhh...

Kebetulan baru baru ni, mak ayah nida jumpa rawatan alternatif ni, so why not mencuba kan. Cumanya rawatan ni lebih elok buat setiap hari, nama pon rawatan alternatif kan, so tak kan la dia boleh pulih dalam masa sehari dua or seminggu, ianya memakan masa.

Sebelum nida mula bercuti, ada jugak nida pergi masa kerja. Mintak perlepasan dari bos, Alhamdulillah bos bagi, tapiiii, tempat rawatan tu agak jauh, dari ofis nida pon dalam 20 minit camtu, belum masa menunggu sebelum rawatan. Rawatan pulak, satu sesi 40 minit, perjalanan pulang ke ofis semula 20 minit. Gitu gini gitu gini, adalah memakan masa dalam 2 ke 3 jam.

Takkan la tiap tiap hari masuk ofis, lepas tu nak keluar 3 jam sehari, belum lagi lunch hour sejam. Kalau pergi lunch sejam lepas tu terus pergi buat rawatan 3 jam, dah makan masa 4 jam. Fuuuh. Sehari keje sepatutnya 8 jam, ni jadi 4 jam je sehari. Gaji dapat full macam keje 8 jam. Kalau sekali sekala tak pela kan, tak kan hari hari keje 4 jam je. Amboii makan gaji buta. Kita niat nak sihat badan, tapi kita curi masa keje, free free je dapat gaji kan, fikir balik, berkat ke? Walaupon kadang kadang time ofis ada jugak bukak fb, tapi yang ni macam melampau sangat, tak buat kerja tapi dapat gaji free kan, So sebab tu la nida tekad nak letak jawatan.

Tapi bila nida suarakan niat nida untuk letak jawatan pada bos, dan ceritakan masalah, bos kata tak perlu la nida letak jawatan, dia beri nida ambil cuti panjang tanpa gaji. Yes, Unpaid leave. Bos kata tak apa, sebab untuk kesihatan. Alhamdulillah dapat bos yang baik.

So di sini la nida sekarang, mengarang blog dengan gembiranya tanpa perlu rasa bersalah rasa macam dapat gaji free, nak buat rawatan 4-5 jam ke, nak blogging ke, nak meniaga online ke, nak main dengan anak anak buah ke. Cause im free now, hehe, even for temporary, but im HAPPPPPPPPPYYYYYY =)

Oh, berapa lama nida akan bercuti? Agak lama jugak, tapi tengok la pada keadaan, jika nida diberi kesembuhan awal, insyaAllah masuk awal. Atau mungkin nida nak terus kekal as WAHW?? mana tau kan. Impian gak tu, hehe.

Rawatan alternatif apa yang nida buat? lupa pula nak bagitahu. Mungkin ada orang pernah dengar sebelum ni, mungkin tak pernah dengar. Nida buat rawatan dengan Ceragem. Ceragem ni kalau tak silap nida, ada 34 cawangan di Malaysia. Why Ceragem? sebeab nida dah pergi sekali dua, dan nampak ada yang berkesan, so apa salahnya mencuba kan?

Eh, ok la, suami nida dah balik, nida nak siap siap pergi buat rawatan. muuuaaackkkkkssss... jumpa lagi =)


You Might Also Like

2 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images