Seoul,Korea -2nd Episode

1:50 PM

   Hello adik2...(macam biasa..isteri brader yang soh tulis)...arini brader nak cite plak pasal hotel yg ktorang stay kat korea aritu...hotel ni terletak kat area Hongik Uni. atau dalam bahasa koreanya HongDae. Hotel yang kitorang duduk ni namanya 2nd pencil hostel..nama je hostel tapi dalam cam kondo beb...hostel ni ada dua, 1 namanya 1st pencil hostel n  satu lagi namanya? ce adik2 teka...ye betoi...pandai pun( mari tepuk tangan bersama2)..dah tentu la 2nd pensil hostel..hostel ni baru je di buka thn lepas..n tuan empunya hostel ni pun bagus n ramah en Dj namanya..(cewah cam masuk pertandingan berpantun lak rasanya)...kalau engkauworang berminat nak stay kat sini..engkauworang leh la cek-cek cekedaut kat agoda or kat website hostel ni aau pun fb diorang..setiap tempahan perlu lah di bayor 10%  kepada tuan punya ostel nih samaada melalui paypal or bank in..tapi kalau pakai agoda just bawak baucer tu je.. harga yang di kenakan amat2 la berbaloi-baloi kerana semua kemudahan ada disediakan (cewah macam Nona lak rasanya...kikikilala)

*credit to 2nd Pencil Hostel Website


 Lagi 1 yang bagusnya pasal hostel nih..kalau korang sampai awal..Insya Allah takda masalah nak cek in hotel ni awal2...tu pun kalau ada bilik kosong..kalau takda..korang leh letakkan luggage korang kat situ dan boleh la pergi berjimba bersama rakan2...

  Kat sini gua ada tampal kan cemana nak g ke hostel tu..ada 3 cara nak ke sana..1st..ada arex express rail..direct dari airport ke seoul station tapi ondaway dia akan berenti dekat Hongdae nih..tapi harganya mahal sikit N ada seat numbor....hargnya dalam 13k Won...2nd choice is guna kan bas..yang ni gua tak sure naik bas no. brapa..lu orang boleh cekedaut kat bawah ni....last n the best way is naik subway.(baru la rock!)..namanya kat airport orang panggil AREX commuter..boleh beli tiket kat kaunter information sebelah vending mesin on da way nak keluar untuk naik train harganya dalam 3k lebih won..so ni lah cara paling jimat n dapat main lumba jalan kaki dgn org2 korea...(amacam ada bran ke?)..n kat sini la korang kena guna map subway..tapi tak rugi pun sebab next time kalau korang nak bejalan semuanya senang bila pakai subwayyyyyy

  Ni gua dah simplified kan cara nak ke hostel ni....

Incheon Airport (arex comuter) --> Gimpo International Airport (tukar ke line 9) --> Dangsan (Tukar ke line 2) --> Hongik Univ. Exit no. 2. And then, dari exit tu, korang boley refer map kat bawah ni yg gua dah tampal baekkkk punyoo..
*credit to 2nd pencil hostel

 Lagi satu kepada korang yang berhajat untuk stay kat sini kekuatan stamina dan kaki amat2 la di perlukan kerana masa yang dia ambil dari stesen subway Hongdae ke  hostel mengambil masa kira2 6 minit dengan kelajuan 0.5m sejam...sepanjang perjalanan ke hostel tersebut ada banyak pit stop di sediakan untuk anda membeli jajan atau minuman hatta sebungkus cekelat sneakers skalipun.....osem..memang la kalau di ikut kan dalam peta ni jauh tapi Insya Allah selamat..sebab kitorang dah try melaui jalan ni di waktu basah,kering & sejuk..Alhamdulilah selamat walapun di malam hari..tapi tu dalam kul 10 la..kalau more then that..Wallahualam..

 Salah satu sebab napa kitorang pilih hostel ni sebab owner hostel ni leh cakap english..kat korea nih kadang2 nama je hotel tapi takleh cakap english .kalau boleh pun just 1-3 patah je..kalau tak caya nanti korang pg la korea n dok hotel selain dari guesthouse nih...oh ya pasal harga 1 malam kat hostel ni lebih kurang 78k Won..lebih kurang rm 240 satu malam..

 Pada korang yang tak leh idup tanpa wifi mcm Pn Nida (jangan marah my dear darling..hehe) nih jgn risau...tak yah roaming2 kan enset anda..except kalau nak buat kol..kat sini diorang ada sediakan wifi..foc...n laju sampai anda semua termengah2 nak mengejarnya......

Ok...sekarang ni brader nak soh en DJ lak yang tunjukkan jalan nak ke hostelnya......ok en. dj silakan...



Ok la adik2..brader nak merehatkan minda brader jap...jumpa lagi tau.bai

You Might Also Like

4 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images