Oustation ke Vacation?

2:08 PM

Assalamualaikum..

Rasanya macam dah seminggu lebih tak update blog kan.. last hari tu bulan september. Ni cite pon cite bulan september hari tu. Bulan september hari tu memang banyak outstation, pergi Johor Bharu pon dua kali, dua minggu berturut-turut.

Bulan september hari tu turn nida ke site di Johor Bharu, Pergi site nya sehari, hari kedua tu dah balik,tapi biasanya mesti singgah ke JPO. hehe. Lepas nida pergi tu, tengok-tengok, minggu depannya, engineer opis nida kena ke site di Desaru, so aajak nida follow, kami pergi berempat. Kali kedua pergi JB ni pon kami singgah ke JPO. haha.. Kali ni lama sket shopping kat JPO tu. ada la 3 jam lebih kot. Sampai Kat JPO tu dalam pukul 3 ptg, kami keluar dari JPO tu pukul 6.30 ptg. huh, shopping sakan deme.

Eh, ada yang tak tau ke JPO tu apa? JPO tu, Johor Premium Outlet. Shopping barang branded kat sini, selalunya murah banding dekat butik-butik cam kat KLCC sana tu. Macam Coach, Michael Kors, Fossil. Cuma kadang-kadang, item yang dekat JPO ni item dia yang dah out season. Design yang dah lama keluar kat pasaran. Macam yang keluar awal tahun hari tu ke, hujung tahun lepas ke. Tapi tak semua la.

Banyak jenama yang ada dekat JPO ni, sebab JPO sekarang dah besar sedikit banding tahun lepas. Nida memang selalu outstation ke JB, kalau pergi JB, selalunya memang singgah, kalau tak shopping pon, cuci cuci mata je. hehe.. Antara jenama yang ada kat JPO ni yang nida ingat, em.. Levis, Adidas, Nike, Fossil, Victoria Secret, Nose, Vincci, Charles&Keith, Lacoste, Ralph Lauren, GAP, Timberland, Burberry, Carlo Rino, Coach, Kate Spade, Oroton, aish..banyak lagi la. Yang nida sebut tu baru suku je.

Minggu first yang nida pergi tu, tak banyak sale pon, nida tak shopping sangat pon, adik nida yang shopping, nida cuma beli 2 handbag dekat Vincci untuk kakak nida. Tapi kali kedua pergi tu, sale gila2.. Hampir semua butik buat sale.. rambang mata. hehe..

JPO
ni minggu first pergi. adik nida je shopping

minggu kedua pergi..banyak sket nida shopping. 

Minggu kedua pergi JPO tu, kan banyak sale, banyak jugak la nida shopping..hehe..tapi tak da satu pon untuk nida. Semuanya untuk orang. Belikan untuk suami, dia dapat 2 helai seluar jeans, dengan 3 helai Tshirt kemeja. 1 handbang untuk kak ipar dan 1 handbag untuk mama nida.

Oh, lupa nak bagitahu stay mana time kat JB. Disebabkan site tu dekat Pengerang, so kitorang stay dekat Lotus Desaru Beach Resort. Cantik. Ada private beach, ada taman tema air, ada macam2  la..hehe..bilik dia pon bes..Harga not bad, RM180 satu malam, booking online je. Dia selalu buat promotion, haritu booking online, dapat free 1 Large pizza..hehe..untung kan..so kalau teringin ke sana, better book online ye.. =)

Desaru
Private beach Lotus Desaru Resort



katil dan bilik air dia kat atas, tapi kat bawah ada satu lagi bilik air

ruang tamu dari pandagan atas.



You Might Also Like

6 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images