Sambut Hari Raya Aidil Adha

10:30 AM

Assalamualaikum..

Harini baru nak cerita raya Aidil Adha baru ni.. dah nak dekat seminggu baru la nak cite kan..hehe. Raya tahun ni, simple je, tambah pula, raya tahun ni, tak bersama dengan suami. So raya ala kadar je.

Tahun lepas, raya Aidil Adha sambut dengan suami, di rumah baru kami. Baru beberapa hari duduk rumah tu kalau tak silap. So pagi raya tu, berdua dengan suami di rumah kami. Nida masak Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dengan Jelatah. Tengahari tu baru balik rumah mak nida, sebab dekat je, 5 minit je. Mak belah suami pula dah balik Kg.

Tapi tahun ni, bak kata suami, tak ada nasi tomato, hehe.. suami beraya di perantauan. Masih lagi ada di sana, insyaAllah tak lama lagi balik Malaysia.. tak sabar nak jumpa suami tercinta =) semoga selamat pulang ye syg.

Memandangkan tahun ni sorang je, so dua hari before raya, nida dah balik rumah mama nida, walaupon hanya 5 minit je perjalanan. hehe. Raya tahun ni ala kadar je. Tak ada baju raya baru pon, pakai je baju kurung biasa.  Pagi raya tu, cepat-cepat mandi siap-siap nak ikut mak pergi solat raya di surau. Tapi lepas solat, nida balik dulu, tak tunggu mama and papa nida, tak lalu nak tengok penyembelihan tu. Takut tak sanggup tengok, orang kata, kalau kesian, nanti jatuh haram kan, so better tak tengok. Anak buah nida yang umur 10 tahun tu tunggu dengan mak nida skali. Dia ok je. hehe..

Aidil Adha
Sedondon kan kami..hehe =)

Jauh di mata, dekat di hati..cewahh..hehe.. Suami pakai baju melayu hitam, kita pon nak jugak pakai baju kurung hitam. Untuk pengetahuan, suami nida sambut raya awal, kat Jeddah sambut raya aidil adha ni hari sabtu, kita kat sini hari ahad. Hari sabtu tengahari tu, suami hantar gambar dia lepas solat raya kat sana. So esok nya, nida pon bercadangla nak pakai baju kurung hitam. hehe.. menggedik kan, tak pela, somi kita..hehe..

Kat rumah, tak masak apa sangat, sebab kat surau ada masak daging dengan lauk-lauk lain, dapat bawak balik rumah sedikit lauk dari surau, kat rumah, mama masak bihun sup. Tapi bihun sup mama powerr.. tak macam bihun sup lain.. nida yang tak suka bihun sup ni pon terus suka bila makan bihun sup mama.hehe..

Seharian tak da buat apa, duduk rumah je, makan, makan dan makan...hehe..skali petang tu ke dapur, tengok2 ada ubi kayu rebus dengan sambal tumis pedas.. Peerrggghhhh... terrrrbaaaaekkkkk... hehe..Dulu kecik-kecik, selalu makan ubi kayu ni dengan sambal tumis, sebab dulu belakang rumah ada tanam, tapi sekarang dah tak ada, susah sangat nak jumpa. Kebetulan sehari sebelum tu mama jumpa kat pasar, tau tu feveret papa, mama beli la.. Memang seddaaappp..

ubi kayu
ubi kayu rebus bersama sambal tumis bilis..terbaekk..


Memang sedap ubi kayu rebus ni.. tak boleh lawan dengan lain-lain, termasukla LAKSA feveret nida..yee.. letak laksa sebelah ubi ni, memang tak layan. Laksa memang feveret nida, kalau kat rumah mama tu, nida sorang je yang suka makan, so kalau ada jiran2 bagi laksa, semua akan panggil nida, sebab nida je yang makan laksa ni. Sebab tu nida compare dengan laksa, means walaupon benda feveret ada, tapi kalau ada ubi ni, memang tak pandang dah feveret ke tak feveret. Lagipon, kat ipoh ni rumah2, ramai je buat laksa ni.. ramai jeeeee yang makan laksa ni time raya. Dulu kalo raya, balik kg kat parit tu, mak sedara memang menu wajib dia laksa..orang luar je tak tau.Kalau kat perak ni, femes Laksa Kuala, asal dari Laksa Kuala Kangsar.

Eh eh.. dah terlebey plak cite pasal laksa. haha.. kena tukar tajuk entry cam ni..hehe..okla.. itu je la cite raya hari tu..nanti kita sambung lain plak ye.. daaaa....

Love





You Might Also Like

10 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images