Cara Cari Duit

7:00 AM

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita sedikit, cara cari duit. Cari duit sampingan. Tambah sekarang isu minyak, subsidi dah dikurangkan. Kena ikat perut katanya, kena lah berjimat dan cari duit tambahan.

Ada yang tanya nida, gaji dah ok, duduk ipoh, sara hidup tak tinggi sangat, suami keje airasia, nape nak cari duit sampingan lagi. Tak cukup-cukup ke? Tak bersyukur ke? Nak pakai sedap je semua?

Alhamdulillah, nida dah ada keje tetap walaupon bukan kerja kerajaan. Keje dengan syarikat swasta, dah 4 tahun lebih. Keje kat sini, bos baik, staff semua melayu, gaji sentias naik, bonus 2 kali setahun, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Tapi nida masih buat kerja part time. Sebab apa?

Sebenarnya nida ada impian yang nak dicapai. semua orang ada impian kan. Dan untuk mencapai impian, kita kena usaha keras, dan itu lah apa yang nida sedang lakukan. Apa impian nida tu, biarlah rahsia dahulu, doakan semoga ianya tercapai ye.

Dan untuk mencapai impian tu, nida buat bisnes kecil-kecilan. Banyak plak tu, ada yang sound nida, kata hamboi, banyak nya. Tak apa la, selagi tak menggangu kehidupan nida, tak perlu dihiraukan kata-kata orang. Yang penting kita usaha untuk mencapai kejayaan. Ada 3 benda yang nida buat sekarang. Tapi satu je fokus utama, yang lagi 2 tu sampingan untuk membantu capai impian tu. Meh nida share.

1. Astana Qaseh Enterprise

Nida sudah daftar dengan SSM, untuk bisnes online dan bazar, atas nama Astana Qaseh Enterprise. Bisnes yang ini, nida buat jualan pakaian wanita. Kadang-kadang ikut bazar yang diadakan sekitar Perak, tapi AQ ni pon menjalankan perniagaan secara online.





Astana Qaseh




Pakaian wanita



 Astana Qaseh


Instagram : Astanaqaseh



Astana Qaseh juga memberi peluang kepada semua untuk menjana pendapatan sampingan dengan menyediakan program dropship. Kepada yang berminat, boleh inbox kepada FB Astana Qaseh Enterprise, atau FB Winnie Houz atau terus sms/whatsapp ke 0164404760. Klik saja pada yang berwarna tu ya =)


2. Chantekusa

Chantekusa ni under Astana Qaseh Enterprise juga, tapi di asingkan bagi memudahkan untuk update. Chantekusa ni adalah barangan direct dari USA. Antara item yang nida jual di Chantekusa ni adalah Pinggan mangkuk Corelle, dan juga handbag-hanbag berjenama seperti Coach, Kate Spade, Michael Kors, Marc by Marc Jacobs. Semuanya dengan harga yang berpatutan dan boleh installment ya =)  Chantekusa ini adalah sampingan, sebab nida suka shopping handbag dengan corelle, so nida jadikan minat nida ni salah satu cara untuk menjana pendapatan. Camana nak tengok item-item ni? Kami hanya ada akaun instagram sahaja bagi item ni. Boleh follow instagram Chantekusa.

Instagram : Chantekusa

 Instagram Chantekusa


3. Chantek Dengan Jamu Susuk Dara

Yang ini pulak, nida buat sangat-sangat sampingan. Asalnya tak ada niat pon nak bisnes ni. Terdetik sebab nida mula gunakan Feminine Wash dari Jamu Susuk Dara ni.. Isyyyhhh... dah guna, best betul. hehe..hal-hal lain, tak payah la cerita, malu plak nak cerita sini..hehe..so nida sharing dengan kakak-kakak, kawan-kawan nida.Feminine wash dia memang terbaik.. Alhamdulillah... semua bagi feedback positif, lepas tu, nida pon buat sampingan untuk menolong siapa-siapa yang perlukan. Yang ini, lebih pada nak menolong pada yang ada masalah dalaman. Kalau ada yang bermasalah keputihan ke or apa-apa, nak nida bantu, boleh pm facebook Chantek Dengan Jamu Susuk Dara, insyaAllah nida akan tolong.



Jamu Susuk Dara

Testimoni-testimoni :





So.. pada yang nak jana pendapatan tambahan, boleh jadi agen dropship Astana Qaseh Enterpise atau Chantek Dengan JSD ya =) Boleh pm inbox ya, atau pon sms/whatsapp 0164404760.




You Might Also Like

19 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images