2015 Bersama Mereka

12:23 PM

Assalamualaikum...


Selamat berpuasa... lamanya nida menyepi kan, hampir setahun blog ni sepi tanpa cerita. Sekejapnya masa berlalu..


Setiap kali pegang keyboard, log in blog, tak tahu nak bebel apa, nak kongsi cerita apa. Tapi bila tak ada buat keje apa, macam-macam je rasa nak cerita.


Tahun ni, Alhamdulillah tahun keempat menyambut ramadhan bersama suami, dan kami masih berpjj sehingga kini. Jangan ditanya kenapa, nanti ada yang meleh ayaq mata satgi. hehe.. Belum ada lagi rezeki suami kerja di Ipoh ni, tak pe la, perlahan-perlahan. InsyaAllah, sampai masa nanti, kami dah tak pjj, insyaAllah, tak lama je lagi.


Setakat ni, nida dan suami ada dah la perancangan masa depan kami, mengatur satu-satu, tapi kena tunggu masa yang sesuai. Jadi tak jadi tu, tak tahu la lagi,, kita hanya mampu merancang, berusaha, tapi semuanya Allah yang tentukan, kan. Apa perancangan tu, nanti la nida kongsikan, sebab sekarang masih jauh lagi.


So perkembangan nida, memang tak ada apa-apa, masih sama je macam dulu, sebab tu la tak ada benda nak cerita kot. Tapiiiii...nida rasa, tahun ni tahun bahagia untuk semua orang =) Alhamdulillah, sahabat-sahabat rapat nida sudah dan ada yang bakal mendirikan rumahtangga.


Alhamdulillah..seronok sangat bila diorang dah kawin dan dah nak kahwin. 6.6.2015 sahabat nida Akmal Laili telah selamat diijabkabulkan dengan buah hati nya. Sampai hari ni, masih tak percaya dia da bergelar Puan. hehe. Tapi lepas ni kalau nak pergi KL, tak da la port kitorang nak lepak dan bermalam, hehe, kalau dulu, rumah Akmal la jadi port kitorang. Siang pergi shopping, malam dok bersembang sampai pagi. Haisyh, lepas ni tak da dah.. sedih pulak..huhu, tapi apa-apa pon happy sangat sebab tengok dia happy di samping orang tercinta gittew..hehe

Kami kan bertiga, so two done, another one. hehe..tinggal sorang lagi, ya, masih bujang but not available. Alhamdulillah, si Aimi pon dah bertunang awal tahun hari tu, sekarang ni menunggu masa untuk diijabkabulkan je, tak lama je lagi tu. Lepas ni, semua dah bergelar Puan, hehe. Agak-agak, suami kitorang kasik tak kitorang kuar shopping-shopping macam selalu dulu?hehe.


Tak sabarnya nak tunggu si Aimi pulak kahwin, hehe. Kitorang planning nak pergi Tripple Honeymoon tahun depan, hehe.. padahal dua je pengantin baru, nida je sebok kan.hehe. Takpe, honeymoon tu perlu setiap masa, bagi bunga-bunga cinta selalu, tak gittew?=)


Ok la, nak share sekeping dua gambar Majlis Kahwin Puan Akmal dan Majlis Pertunangan Cik Aimi =)


Majlis Pertunangan Aimi =)

Majlis Perkahwinan Akmal =)


Akhir kata...Sayang korang sangat-sangat....Mmmmuuuuaaaahhhhhh =)

Semoga persahabatan ini berkekalan..Amin..

You Might Also Like

1 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images