Bila Suami Memasak

10:58 AM

Assalamualaikum...Selamat Pagi semua =)


Haa...nak cerita bila suami memasak. Bila suami korang memasak, macam mana? Tunggang langgang ke dapur tu? Bau harum satu dapur?


Alhamdulillah, tak sangka, nida dijodohkan dengan lelaki yang pandai masak. hehe.. Tak la hebat sangat dia masak, tapi lebih advance dari nida, ha, hebat la kan. Suami nida memang lincah je bila ke dapur. Kalau dia nak masak, laju je dia potong-potong bawang sendiri, potong sayur sendiri, tak ada nya dia suruh nida potong or sediakan bahan-bahan.


Cuma...bila suami hebat masak, kena la ikut cara dia. Kalau kita buat cara lain kang, mesti dia kata, tak pe-takpe, meh sini dia buat, dia suruh kita pergi kemas-kemas je. Isyh-isyh...takpe, terima kasih syg =) Sebab tu kalau time suami masak, nida tolong apa patut, then bila nida nak masak, kalau boleh, biar dia duduk depan je, tak yah tolong pape pon tak pe. Hehe.


Sabtu lepas kami berbuka kat rumah. Ha, siapa masak? Mesti la encik suami.. hahahhaa. Pagi tu kitorang pergi Jusco beli barang. Nak tahu masak apa? simple je, Masak Siakap 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dengan Paprik Campur. Dalam semua menu tu, satu je tau nida masak, nida masak Paprik Campur je.hahahah.Yang lain, Laju je suami masak. Tak pe la, bukan selalu pon kan.

Sedap ke tak sedap suami nida masak? Mesti la sedappp..hahah. Tak percaya ke? Bukan kami berdua je makan, nida ajak mak ayah dan adik nida berbuka sekali dekat rumah kitorang. Ha... papa, mama, adik, siap bertambah nasi tau..siap ratah-ratah lauk lagi.. diorang kalau tak sedap, diorang tak tambah punya..heheh..Tapi maaf la, tak sempat amek gambar pon.


This week, kitorang planning nak masak Sotong Sambal Portuguese pulak,,,Perghh...perghh...huhu.. tengah puasa-puasa ni cerita makan pulak ye. huhu..

This week, agak-agak siapa pulak masak? teka..teka..teka la.. ;)


You Might Also Like

2 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images