Salam Jumaat
12:27 PMAssalamualaikum....Salam Jumaat =)
Fuuhh..entri baru lagi...nampak tak nida gigih ni meng update blog? hehe..camana nak buat satu hari 5 entri ni, fuuh..fuuhh...kena amek semangat balik macam dulu-dulu...
Oh, ingatkan nida membebel sorang-sorang je, tak sangka still ada lagi follower yang baca blog nida, terima kasih, walaupon dah lama nida tinggalkan blog ni.
Seriesly rindu zaman blogging. Dari blogging dulu, ramai kawan-kawan baru nida kenal. Sejak sebelum kahwin dulu sampai sekarang, masih lagi berkawan, walaupon masing-masing tak aktif di blog dah, tapi media sosial ni kan banyak, facebook, instagram, whatsapp. Ada yang dah berjumpa-jumpa, berkenal-kenal.
Blogging ni bagus jugak, selain dapat tambah kenalan, boleh release stress sebenarnya.. hurmm, rasanya nida kerap stress kebelakangan ni sebab da tak berblogging la kot kan. Nape nida tiba aktif balik blog? Sebab selalu dok cakap sorang-sorang. hahaha...dari membebel sorang, dok pikir-pikir sampai pening, baik nida luah kan je kat sini kan. Sebab follower-followers semua selalu positif dan bagi support =)
Hari ni dah 26 hb June. Empat hari saja lagii..Empattt hari je lagiii...Empat hari untuk apa? heee, Bertambah la umur nida lepas 4 hari nanti... huwaaaaa...dah tuaa...sekejap nya masa berjalan. Macam tak caya je nak masuk 28 dah..huu..dah 28 dah nida tahun ni, tua da kan. Seriesly tak percaya, especially bila adik nida kata tahun ni dia 24 huwaaa...aku ada adik 24, bukan dia baru 19 ke???
Umur dah 28 tahun dah ni.. bila nak ada anak ni? ko dah tak jauh nak masuk 30 dah wei, mana anak ko? Eh, eh, jangan la tanya kita, tu kan semua rahsiiiiiaaa.....syyyhhh... rahsia Allah, sesungguhnya Dia maha Mengetahui. InsyaAllah, doakan yang terbaik, walaupon penantian itu orang kata satu penyeksaan dan memenatkan, tapi percaya la, penantian itu pengakhiranya suatu yang Indah. InsyaAllah. =)
4 Nota Cinta