Annivessary in Gold Coast - Part 2

4:40 PM


   Jam disini awal 2 jam dari Malaysia..pukul  500 pagi dah cerah..aktiviti  pertama kami pada haritu ialah berjalan2 mencari kedai runcit untuk mencari sesuap spaghetti  hatta mahupun berkeping2 roti untuk dibuat bekal atau pun sarapan pagi. Walaupun summer..cuaca disini tidak la panas sangat tapi seakan2 cameron highland..antara barangan yang kami beli ialah spaghetti,sos,roti,air mineral,tuna 2 tin dan biskut ..semuanya beharga 22 aud murah bukan?tapi cer try darap rm3.26 pasti bekerut dahi...

  Sampai di apartment, kami makan untuk memberi tenaga supaya dapat menetang kejahatan hahahahaha....setelah selesai misi..kami pun pergi menuju  ke bus stop untuk menuju ke Movie World (mw). Wa pun tak ingat dah bas no brapa..korang boleh la rujuk kat website tu. Selalunya bas untuk ke Movie World tu ramai orang sebab mw tu terletak antara banyak theme park macam wet n wild,outback spectacular, paradise country & dreamworld. Kami sampai disana kira2 pukul 930 pagi walau pun banyak permainan belum dibuka  tapi anda boleh masuk n bersiar2 didalamnya. Kalau korang nak bawak bekal sendiri pun jangan riso..diaorang pasti tak gledah punya sebab aku ada tengok mat saleh tu siap dengan  ice box skali dia bawa Cuma sekeruti tu jenguk jela. Kat sini  memang syurga untuk korang yang suka main rollercoaster. Kat dalam ni surau pun ada jugak disediakan. Kalau korang nak murah korang boleh la beli tiket  vip pas untuk 3 theme park yang berharga 100 aud(tapi tak pasti pulak sampai bila promotion ni)tak rugi pun aku rasa sebab kalau beli untuk 1 theme park dah 70 aud, kalau kali 3 dah brapa? Come on gunakan kemahiran 3M korang...

kaunter pembelian tiket..beli kat sini $109.99aud utk vip pass..beli online $99.99aud =)

kaunter masuk..



    Kalau korang rasa dah terketar2 sangat nak makan nasi,korang boleh la makan buffet kat Rick’s cafe, jangan risau kat cafe ni ada cert halal. Harganya 29.99 aud untuk sorang korang makan la puas2 tanpa mengirakan perut orang lain..hoh..hoh..hoh.. Tapi kalau korang beli tiket vip pas, korang boley dapat harga murah untuk buffet ni, korang boley dapar 25.99 aud...nak murah lagi, kalo korang ada vip pass tu, tempah je buffet tu online, so dapat la 19.99 aud. Lepas dah gendang gendutkan perut, korang boleh la g tengok show aksi bekmen menyelamatkan dunia live depan mata korang..baru aku tau sekarang betapa penatnya jadi bek men..pastu pas habis korang leh la g beratur kat tempat show stunt kereta lak..







  Lebih kurang pukul 230 petang kitorang pun berlengang-lengang mak limah bergerak keluar untuk pegi ke Harbour Town (ht)pulak .  untuk pengetahuan am, harbour town ni merupakan tempat shopping lebih kurang macam kat jpo kat johor nun..tapi kat sini ada macam2,macam tempat jualan barang2 basah,buah2an n outlet2 macam 9 barat (nine west), gerabakk (coach), tampal labu (pumpkin patch)dan lain2 lagi..harganya ok la jugak, ada jugak yang murah n mahal. Kat sini jugak kelihatan ramai orang Malaysia yang sombong2  walaupun korang dah standby senyum kat diorang.. alah tak yah nak blagak sangat laaa...idung pun kemek nak acah2 mat saleh lak...mat n minah saleh pun tak sombong cam diorang..






BILA ARON MENULIS....

You Might Also Like

6 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images