Alhamdulillah..

4:20 PM

Assalamualaikum..

Entry kali ini sekadar ingin berkongsi perjalanan umrah nida hampir dua bulan lepas. Pada awalnya, ingat tak mahu buat entry pasal pergi umrah hari tu, tapi sebab ada benda-benda yang boley share sebagai panduan kepada orang lain, so nida ceritakan serba sedikit la. Lagi pon, ramai yang dah tahu nida pergi sana..just nida tak da war-warkan sangat dekat facebook or instagram..satu dua gambar tu ada la..

Nida pergi ke sana, 9 April yang lalu..Tapi nida tak pergi bersama suami..pergi bersama parents nida..Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati nida untuk ikut parents nida sama-sama mengerjakan umrah. Parents nida decide nak pergi umrah dari last year. Time tu nida tak da lagi decide nak ikut. Sampai lepas balik dari Gold Coast,Aussie, nida tergerak hati.. bos nida saja-saja tanya, bila nak ke Makkah pulak.. time tu nida dok teringat, Alhamdulillah..Allah gerakkan hati nida, so nida decide nak pergi.

Nida bagitahu parents yang nida nak ikut. Tahun lepas, asalnya parents nida planning nak pergi bulan 5, time cuti sekolah, so nida ok je..masih sempat untuk nida kumpul duit lebey sket untuk ke sana. Sampai awal tahun, parents nida masih survey agent kalo tak silap. Tapi end of January, dah decide. Bila jumpa ustaz dari travel tu, dia cadangkan parents nida pergi bulan April.

Lepas dah decide bila, just bagitahu bos and kawan-kawan ofis je, tapi still tak confirm. Sebab time tu dengar ada masalah visa..so risau jugak. Hujung bulan Februari, baru sediakan semua dokumen, such as pasport, Salinan kad pengenalan,dokumen atau bukti dari doktor yang mengatakan kita dah cucuk vaksin apa tah, nida lupa..huhu..just pergi klinik or hospital, bagitahu nak cucuk untuk pergi umrah..and lagi satu..bagi wanita yang berusia kurang dari 45 tahun, hanya boley pergi dengan mahramnya, dan mesti ada sijil nikah, atau surat beranak. Macam nida ikut papa nida, so kena sertakan sekali surat beranak nida.

Oh, kenapa suami nida tak ikut? Entry before this ada nida ceritakan. Tapi untuk pengetahuan, suami nida tak ikut sebab dia kena bertugas di Jeddah selama hampir dua bulan. So, in shaa Allah, kalau ada kesempatan, dia boley buat umrah sekali. Nida bertolak ke Makkah pada 9 April, manakala suami nida pulak bertolak ke Jeddah pada 14 April, dan sehingga kini, syg still kat Jeddah. Dan Alhamdulillah, Syg berkesempatan menunaikan umrah.

Trip nida, bermula di Makkah,7 hari di Makkah, dan 4 hari di Madinah. Bagi perjalanan yang terus ke Makkah, untuk lelaki, kena bersiap2 pakai ihram di KLIA, sebabnya nanti akan miqat semasa di dalam kapal terbang.

Hurm..macam panjang dah plak.. tak pe la,yang lain-lain tu nida ceritakan melalui gambar sahaja nanti. Cuma satu je nida nak bagi tahu, kalau nak pilih pakej or travel agent, kalau untuk orang tua ke, pastikan tanya betul-betul lokasi hotel tu, sebab sekarang banyak hotel yang jauh-jauh. Sebab ada saudara nida yang hotel nya jauh hampir 800 meter, untuk orang muda, okla, cuma untuk orang-orang tua, mungkin sukar untuk diorang pergi ke masjid. Or ada sesetengah agent tu, even jauh pon, dia ada sediakan shuttle bus, so tanya betul-betul. Alhamdulillah, nida dan parents dapat hotel dekat, lebey kurang dalam 300-400 meter sahaja. Alhamdulillah...

Oklah, nida share gambar je dulu, nanti nida sambung pada next entry.. in sha Allah...

*p/s : entry rumah idaman terpaksa tangguh dulu, belum ada mood lagi..huhu..

SubhanaAllah.. (T-T)


Check in di KLIA
     
Di lobi hotel, sebelum menunaikan umrah.. =)


wif ma lovely mama


Air Zam - Zam.. air ajaib =)

Di Awal pagi..




Me and Syg..Alhamdulillah....Syukran ya Allah.. 
Terima Kasih ya Allah kerana telah menjemput kami sebagai tetamu Mu.. walau pon kami bukan pergi bersama,namun kami diberi peluang menjejaki di tanah suci mu Ya Allah..Syukran Ya Allah.. alhamdulillah. Semoga dapat sampai ke sana lagi..in shaa Allah..



*Next entry in shaa Allah nida ceritakan rentetan di sana..





You Might Also Like

11 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images