Hanya Tidur 2 jam dalam 35 jam

8:45 PM

Assalamualaikum,

Hye. Kata dah kembali kan, soo..kena la rajin update sekarang :)
Apa yang tidur 2 jam tuu?? Hee.. actually, hari ni nida outstation ke Johor Bharu, ada site dekat sini. Dari pukul 6.00 pagi semalam, sampai 5 petang hari ni, hanya berkesempatan tidur lebih kurang dalam 2 jam.

Pagi semalam, bangun kol 6 pagi, siap-siap mcam biasa masuk ofis, habis ofis habis pukul 5.30, so lebih kurang dekat-dekat pukul 6 baru sampai rumah. Mandi-mandi, makan, start kemas bag untuk perjalanan hari esok ke Johor Bharu.

Sejak kebelakangan ni, nida memang tidur lambat tiap-tiap malam, hampir setiap hari tidur pukul 1 pagi, sebab nak bervideo call dengan suami yang di perantauan. So malam tadi percubaan untuk tidur awal sebelum perjalanan jauh adalah gagal. Dalam pukuk 12.00 malam baru dapat tidur, itu pon tidur-tidur ayam, tak nyenyak lansung, antara sedar dengan tak.

Sejam kemudian, jam henpon pon berbunyi, pukul 1.00 pagi, dah kena siap-siap untuk perjalan yang jauh.fuuuuhh.. Nasib baik tak mengantuk. Setelah siap-siap kemas, lebih kurang pukul 1.30 pagi, nida pon bertolak dari rumah, memulakan perjalanan.

Alhamdulillah,  sepanjang drive tu, tak ada rasa mengantuk sangat, nasib baik mata tak buat hal,huhu. Penah dulu, mengantuk sangat drive, dari ipoh, baru sampai Tapah dah mengantuk, tapi, alhamdulillah,  kali ni okey :) tapi, dalam pukul 5.00 pagi lebih dah start mengantuk sangat, mata dah terpejam pejam sket time tu, dalam hati, tak boleh jadi, bahaya ni, ni bukan bawak diri nida sorang je, bawak adik nida sorang, dengan dua orang lagi ofis mate, pengantin baru, so kena la jaga anak anak orang ni baik baik. So nida bertahan dan tekad nak berhenti di RnR yang terdekat.

Lebih kurang pukul 5.30 pagi, nida berhenti di RnR Ayer Keroh Melaka, so sementara nak tunggu masuk solat subuh, nida tidur la dulu. Memang lena betul, pukul 6.00 pagi bangun balik, so kitorang solat subuh. Dapat la tidur setengah jam. Lepas solat subuh lebih kurang dalam pukul 6.30 tu nida tak tahan, still , mengantuk lagi, bahaya kalau drive ngantuk ngantuk ni, so nida amek keputusan servis bertukar tangan. Hehe, nida mintak tolong opismate ganti kejap sampai Pagoh. Dapat la tidur lagi setengah jam, hehe. Sampai Pagoh, lebih kurang 7.10 pagi camtu, kami pon set up alat alat kami di site tu dan tunggu sehingga sejam.

Lepas sejam dekat site, lebih kurang pukul 9 pagi, sambung perjalanan ke tapak site seterusnya, nida sambung drive balik. Tapi malangnya, mata ni xmemihak pada nida, baru sejam memandu, dah mengantuk sangat sangat, tak boleh bukak mata, so nida pon singgah la RnR Machap, isi minyak lepas tu, parking tepi, tidurrrrrrr. Hehe, tak boleh tahan betul. Time tu dalam pukul 9.55 camtu, dapat tidur kejap kejap, bagi ringan mata ni pon ok la, selepas setengah jam, bangun balik, lebih kurang pukul 10.20 camtu.

Perjalanan sambung balik ke tapak projek di kota tinggi, lepas selesai di kota tinggi, sambung ke masai pulak, Alhamdulillah,  selesai kerja awal, lebih kurang pukul 3 camtu. Kami pon dah lapar, so pergi luncheon dulu. Kami lunch di dalam tesco,makan di satu restoran, Nama dia apa tah, lupa, tapi sebelah food court, ok la makanan dia, not bad. Selesai makan sume, apa lagi..zoooommm.. check in la kami. Hehe. Gitu gini gitu gini, setelah semalamam dan seharian memandu,dalam pukul 5 la baru dapa tidur yang lena dan lama. Hehe

Alhamdulillah,  selesai semua kerja-kerja hari ni. So esok boleh bertolak balik awal. Nak sampai Ipoh awal sebab insyaAllah kalau tak ada aral, hari Sabtu ni nak menziarah kawan baik nida yang baru kehilangan suami tercinta. Ya Allah, berat betul dugaan yang dia lalui, baru sahaja beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan, suami tercinta di panggil illahi, tinggal dia dan bayi dalam kandungan.  Sedihnya mula mula nida dapat tahu berita, tapi berat mata memandang,berat lagi bahu memikul kan. Nida doakan banyak banyak semoga sahabat nida tabah dan kuat semangat. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah suami sahabat nida ni ye.

You Might Also Like

1 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images