MALASMI Escape - Penang With Love 2

10:34 AM

Assalamualaikum..

Mari sambung kisah nida ke Penang. Kami bertolak dari rumah wani lebih kurang pukul 2.00 lebih. Dah lama tak ke Penang Island ni. Bila dapat datang lagi, seronok rasanya. Kami masuk pulau menggunakan feri. Saja nak rasa angin laut, tambah pula, seorang kawan nida ni tak pernah ke pulau dengan naik feri. Dah naik atas feri tu, kami apa lagi, mula la turun nak berselfie kan..hehe

cakkkk

Mal & Mi

Oh..Lupa pula nak bagitahu, kami namakan journey kami ni #malasmiescape dimana gabungan nama kami, Mal, As dan Mi. Dah masuk je ke pulau, kami terus mencari tempat untuk makan pasembuq. Itu memang wajib kalau datang ke Penang ni. Nak jumpa kawan kami yang di pulau, dia masih dalam waktu bekerja, so kami pergi jalan-jalan cari makan dulu. Kami pon tanya la dia mana tempat makan pasembur sedap, sebelum tu kami ada google dulu, dan kami jumpa tempat makan pasembuq yang best adalah di Anjung Gurney, dan kawan kami pon beritahu perkara yang sama. Apa lagi, kami pon terus waze la ke sana.

Alhamdulillah, kami sampai pada waktu yang sesuai. Anjung Gurney ni dia macam food court, dan mula beroperasi seawal pukul 4.00 petang. Kami sampai time tu, memang pukul 4.00 petang, dah ada pon gerai yang bukak, dan disebabkan kami datang awal, parking pon senang =) Masa kami sampai, ada dua gerai pasembuq yang dah buka, satu yang dah ada orang, satu lagi belum ada orang. Kami google balik, tengok gerai yang orang syorkan, gerai No. 9. Gerai tu gerai yang kami nampak dah ada orang, so kami pon terus pergi ke gerai tu.

 Ni gerai no.9, lupa nak amek gambar dari jarak jauh. Semua tu sedap-sedap.

Ketam ada, udang ada. memang feveret kami la..


Banyak jugak yang kami ambil. Bila dah dipotong-potong, pergghhh... penuh satu pinggan besar tu, yang makan hanya kami tiga orang. Tapi harga dia tak mahal, berbaloi sangat. Dulu nida penah makan dekat food court Padang Kota Lama, mahalnya.. sampai RM90. Kali ni amek banyak-banyak, hanya RM40 untuk sepinggan penuh tu, termasuk ketam, udang sume.

RM40.00 murah dan sedapp..

Puas kami makan. Nasib tak amek banyak lagi, sebab kami masih ada nak teruskan jalan-jalan cari makan ni.hehe. Lepas makan pasembuq ni, kami pergi ke Gurney Plaza, tak jauh dari Anjung Gurney tu. Memang jalan kaki je. dari Anjung Gurney tu pon memang dah boleh nampak Gurney Plaza tu. Kami masuk ke Gurney Plaza kejap, singgah ke toilet dan surau untuk mengerjakan solat.

Lepas tu kami decide nak cari cendol pulak..Kami tanya kawan kami tu, dia kata cendol yang sedap adalah Penang Road Famous Teochew Chendul. Tak susah nak cari pon, dia deret bangunan komtar tu, kedai tepi, dekat dengan selekoh. Tapi kami silap, kami terpegi kedai dekat bangunan dekat lorong-lorong tu, tu cendul yang sama jugak, tapi kedai original dia. Memang klasik la. Yang deret Komtar tu, dia restoran ala-ala cafe macam tu. Yang kami pergi, kedai bangunan klasik. Selain cendul, rojak dengan laksa pon ada. Tapi kerana kekenyagan, kami hanya pesan satu laksa, kongsi bertiga. 

Laksa dia sedap, lain rasa dia. Ada rasa manis ikan sardin, masin-masin kicap dengan pedas-pedas cabai burung.  Cendul dia ok la bagi nida, kurang manis, tapi kawan nida punya, katanya ok je. Kedai yang kitorang pergi ni, tutup pukul 6.30 petang ya. Nasib kami sampai awal sedikit, sempat la merasa. Jom layan gambar kitorang makan laksa dengan cendul ni.hehe

pose skettt...hehe

laksa sedap, ada manis, masin and pedas..

Penang Road Famous Teochew Chendul



Lepas makan, kami janji nak jumpa kawan kami di masjid USM,Gelugor. Sebab kawan kami tu student master kat sini. Lepas maghrib, kami jumpa, pergi mengeteh plak dekat kedai mamak.hehe.

 Kami exstudent Geologi UMS Sabah 2006-2009. 


Sekejap je masa berlalu, now masing-masing dah bekerja, kahwin, tunang. Macam-macam benda nak dibualkan sebab dah lama sangat tak jumpa.


You Might Also Like

7 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images