MALASMI ESCAPE-Penang With Love 1
1:55 PMAssalamualaikum..
Kali ni nak sambung kisah minggu lepas. Balik dari Johor Bharu hari tu, sampai dalam lebih kurang 9.00 malam. Alhamdulillah, sampai awal. Memang hari pertama ke site tu memang nak setel semua kerja awal, supaya boleh sampai awal. Jumaat siang tu singgah ke Johor Premium Outlet kejap, kejap je, 2 jam setengah, tak puas, huhu. Tapi okla, dapat sampai awal.
Cadangnya nak sampai awal, sebab esoknya, hari Sabtu, nak ke Penang, nak melawat kawan baik nida, tapi tak jadi pergi hari sabtu tu, sebab kawan nida dari KL sampai lewat malam sabtu tu, diorang ada hal siang tu. So malam tu diorang sampai rumah nida lebih kurang pukul 11.00 malam kalau tak silap, diorang sampai je rumah, terus nida ajak pergi makan. pekena Mee Udang Femes di Ulu Kinta ni. Habis makan pon dah lewat, sampai rumah nida, sambung borak-borak, biasala kami, kalau dah berjumpa, memang tidur lambat, Kononnya nak bertolak ke Penang awal pagi esok, tapi planning kami jauh tersasar bila kami tidur malam tu pukul 3.00 pagi, alamatnya bangun pagi lambat la. Gitu gini, akhirnya kami bertolak ke Penang dalam pukul 11.00 pagi.
Wani, seorang yang baik, tabah, selalu mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri. Sayang sangat dengan wani, dah macam keluarga sendiri. Nida doakan semoga dia tabah menghadapi dugaan ini.....
2 Nota Cinta