Kembali?

12:00 PM

Assalamualaikum..

Dah lama tak mencoret kat blog kesayangan ni..lamaa sangat..dah setengah tahun kot, dan sekarang, ku kembali..hehe..

Tak sangka, pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu..tak lama lagi genap setahun pindah rumah. Tak lama lepas tu, genap tiga tahun perkahwinan kami..hurm..sekejap nya masa kan..

Hari ni kat opis sunyi, ramai yang bercuti, sebab esok kan cuti hari Malaysia..hehe, nida masuk je opis ari ni, nak cuti pon tak tahu nak buat apa, memandangkan suami nun jauh di perantauan sana. nak balik kampung? tak payah amek2 cuti, balik keje pon boleh balik. rumah mama papa and mak abah dekat je, 5 minit je ;)

Memandangkan esok cuti, tak tau apa lagi program, maybe duduk rumah je kot. Or pergi spa lagi? hehe..Hari sabtu yang lepas, dah pergi spa.. satu hari full day. Bangun pagi, masak breakfast for myself, tak lama lepas tu, my bro datang rumah, saje singgah before diorang nak pergi kemas kemas rumah baru diorang. Lepas tu, lebih kurang dalam pukul 12.15 tengah hari, terus pergi spa. Memanjakan diri katanya. Kat spa tu sampai pukul 4.40 petang, 4 jam dekat spa tu.

Spa yang nida pergi tu, ok sangat. Dulu pernah pergi, tapi dulu biasa je, now lain dah, sebab therapist diorang dah orang lain kot. Sejak kebelakangan ni, nida sibuk sket, siapkan report, masuk site, dua tiga kali, badan sakit-sakit, penuh angin. Dah tak tahan sangat tu, tu yang terus pergi spa hari sabtu tu. Amek full package. Tapi tak mahal..series, berbaloi baloi, jauh lebih murah dari spa lain yang ada kat ipoh ni. Nida amek urut tradisional, sebab nak b uang angin-angin dalam badan ni, tak tahan. lepas tu, scrub/lulur, masker badan, mandi susu, sauna, facial dengan rendaman kaki. sebab tu la sampai 4 jam lebih, tapi puas hati.

Lupa pulak nak bagitahu spa mana yang nida pergi, Nida pergi Qiesya Spa. Qiesya spa ni ada dua, satu dekat pekan tambun, berhadapan dengan balai polis tambun, yang ni siap ada untuk rebonding rambut sume. Satu lagi, dekat Tg. Rambutan, sederet dengan Pejabat Pos Tg. Rambutan. Nida pergi yang sederet Pejabat Pos tu. Betul-betul berbaloi la dengan yang kita bayar, tak mahal sangat. Tapi kalau rasa nak yang 5 star, cari kat pekan ipoh la, yang tu price pon 5 star la kan.

Ok my dear blog kesayangan, got to go, nak sambung keje.tata..

You Might Also Like

4 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images