Annivessary in Gold Coast - Part 1

3:30 PM


   Pada 5hb December yang lalu kami telah menyetartkan perjalanan menuju ke Gold Coast dari Perak. Tepat jam tangan pemandu bas pukul 2.30 pagi,bas yang kami naiki telah bergerak dengan sendirinya menuju ke Lcct (Hooyeh!). Kalau korang tak caya bas tu bergerak sendiri korang memang nak kena lasah!(belasah).

  Zass(sebab kitorang zzz dalam bas)...tiba-tiba bas yang kami naiki dah sampai di Lcct tepat jam 6 pagi waktu tempatan.  Dengan beg seberat 10 kg kami berlari-lari anak sambil berganam style menuju ke kauter untuk mendropkan beg. Tepat jam 8.00 pagi kami pun masuk ke balai berlepas kerana takut berlaku kesesakan semasa berada di imigresen dan pemeriksaan sekuriti..biasa la awal pagi ni banyak flight( flight banyak =orang ramai=cuti sekolah=kaunter siket), lagi pun tak rugi pun masuk awal sebab kat dalam tu lengkap berbagai kemudahan ada cafe,tempat shopping bebas cukai ( tu bini aku suka..hehe),tandas,sarkas(tu tipu),& macam2 lagi kemudahan.

  Sebelum kami boarding kami ada juga melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti mencari nombor embassy Malaysia di Australia ini adalah penting sekiranya berlaku apa2 kecemasan disana walapun nanti kalau roaming phone korang kat sana korang akan di sms oleh telco provider korang dan juga mengimelkan tentang ke’confirmation’kan kami kepada pihat hotel yang akan kami menginap disana nanti dengan harapan agar ada majlis sambutan menyambut ketibaan kami akan diadakan disana nanti.kalau ada tarian poco-poco pun cukup la..waaaaaahhh....(gaya sebutan macam mak jemah hokey!) .

  Zass....(zass lagi)..Flight kami berlepas tepat pada pukul 1020 pagi waktu Malaysia. Didalam pesawat kami meneruskan lagi aktiviti menangkap gambar..kali ni  kami bukan berdua tapi bertiga..orang ke 3 yang dimaksudkan tersebut bukan lah syaitan mahupun syaiton amirul Rashid hatta kerana kami sudah pun berkahwin setahun yang lepas tetapi yang di maksudkan ialah passenger berbangsa Australia yang berketinggian 7 kaki walaupun kami Nampak dengan mata kasar dia hanyalah mempunyai 2 kaki sahaja hinggakan aku tak mampu untuk mereclinekan seat (kalau nak selesa beli la premium seat) kerana dia mempunyai kebolehan memanjangkan kaki. Namun kami lupakan kisah tersebut. Alhamdulilah ,hajat kami untuk bercuti di Negara kelahiran krokodal hanter makin tercapai. Oh ya disini di ingatkan yang flight ni mngambil masa selama 8 jam..jadi kehadiran makanan dalam kehidupan amat la penting...jika takmau mengalami kekecewaan atau membayar lebih..anda boleh la menempah makanan secara online paling lewat 24 jam sebelum penerbangan kalau tak kena beli atas kapal nanti.

Haa...nampak tak belakang tuuuu...

   Kepada geng-geng yang tak punyai sedara macam kami ni di sana, adalah di nasihatkan untuk membeli insurans perlidungan diri semasa travel di luar Negara, insuran ni boleh didapati secara online atau di travel agent atau beli sahaja di website airasia. Hah..lagi satu korang jangan lupa buat visa sebelum travel ke Australia ni..kalau tak korang akan jadi PATI ketika di sana nanti..visa ni boleh di buat secara online atau pun di travel agen..kalo buat online rm60,tapi kalo buat dengan travel agent, ada yang 30,20 and rm10 pun boleh meh!

  Zass ( brape banyak zass daa)....setelah 8 jam penerbangan kami pun sampai ke lapangan Coolongatta Gold Coast..tepat jam 2015 malam waktu Australia,suhu time tu ialah 23 deg. Kami berasa amat girang bagaikan kanak-kanak yang mendapat cekelat bon-bon. Kami turut melakukan experiment moga-moga kalau wap keluar dari mulut kami namun experiment kami gagal. Lantas kami meninggalkan segala radas experiment kami disitu jugak lalu menuju ke kauter imigresen untuk bagitau yang kami dah sampai..

 Selepas passport kami di stamp oleh Ben(nama pegawai imigresen tu), kami pergi mengambil bagasi kami yang seberat 10kg tadi,selepas itu kami kena melalui pemeriksaan kurantin pula,disini kami mengistihakan barangan-barangan yang kami bawa,Australia merupakan salah satu Negara yang ketat pemeriksan kurantinnya, sebarang barangan seperti susu tidak boleh di bwa dengan sewenangnya2..dan lagi satu jangan la menipu ketika membuat pengistiharaan tersebut kalau tak..segala wang yang anda bawa untuk bercuti akan ‘didermakan’ kepada mereka. Tapi kalau setakat megi tu Insya Allah no hal la beb..sebab kat negra diorang pun ada jual megi gak. Kalau nak selamat bawak je megi perisa sayur or kari kang kalau ayam takut tak lepas pulak..biasa la ikut nasib la nok.

  Selepas melalui semua liku dan siku. Kami pun keluar menuju ke kauter go shuttle untuk membeli Go Card(GC). Kami tidak lah mengambil sebarang kereta sewa walaupun perkhidmatan tersebut ada disediakan.  GC ni bertindak seperti kad tach n go dan ianya lebih murah berbanding jika anda membeli tiket secara konvensional ( tak caya cek website la yop!). jika anda bercita2 untuk mengembara menggunakan driver (mean nek bas la) anda boleh menyemak jadual bas atau nombor bas yang perlu anda tunggu untuk ke destinasi dengan melayari  jp.translink.com.au .  GC ini berharga 5aud dan boleh ditopup serendah 5 aud dan setiap kali anda naik bas sebanyak 9 kali, kali yang 10 adalah free..hebak bukan? Itulah penjimatan namanya..kami telah menopup sebanyak 45 aud tetapi pada akhir pengembaraan gc kami masih lagi mempunyai 11 aud double hebak bukan?

  Selepas membeli GC kami pun menuju ke bus stop yang terletak betul2 di pintu kelua untuk menuju ke Surfer Paradise (SP) dan menaiki bas bernombor 702. Jika tidak pasti jangan buat2 terer..mintak tolong driver bas tu untuk drop kan anda nanti  kalau tak pasti. Bas disini tak macam korea yang akan berenti di satu2 bus stop..tapi korang kena tau kat mana korang nak berenti nanti.

  Zass(aik zas lagi??)..setelah 40 minit perjalanan. Kami pun sampai di Cypress Ave mike!(mate)...nama jalan tersebut hanyalah cypress ave,mike (mate) tu adalah ..alah macam kita la cypress ave yop! Ha lebih kurang macam tula...slang disini amat la berbeza dan kadang2 susah untuk di fahami sampaikan kena mintak ulang . 

Bas ni ada tempat letak bagasi...mudah kannnn...


Kami pun bejalan kira2 22m menuju ke tempat penginapan kami di Bay lodge Apartment yang terletak di Palm Ave. Reception di apartment kami ni dah tutup pukul 530 petang tapi diorang ada sediakan safe and service phone untuk korang contact receptionist tu..kemdian dia akan bagi korang combination no untuk open safe tu..sebab dalam safe tu ada kunci bilik korang..Setelah selamat masuk kedalam bilik kami pun merehatkan diri dan aktiviti kami pada malam tersebut hanyalah kenduri meggi dan zzzz....

ala..gelap plak gambar ni..gua nk tunjuk service phone tuu...


pandangan dari apartment kami di pagi hari..


BILA ARON MENULIS....

You Might Also Like

11 Nota Cinta

ShareThis

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images