Another Wedding Thingy
11:56 AMAssalamualaikum...hye korang..
Another progress for my wedding...weee....hehe..Jumaat lepas dah setelkan ujian saringan HIV untuk bakal pengantin..Dapat pergi dengan my dear Hafiz =) thanx syg sebab balik Ipoh and gi buat test sama2..hee...
Kitorang pergi Jumaat pagi..nida amek cuti hari tu, sebab banyak benda nak setel. So pagi tu dalam kol 8.45 pagi Hafiz sampai umah..awal kan?hehe..sebab sehari sebelum tu nida ada kol klinik kesihatan, tanya pukul berapa boley buat test tu, dia kata kol 9, so kitorang nak datang awal la,takut ramai orang..kitorang wat kat Klinik Kesihatan Tg. Rambutan..xjauh dari rumah nida dan Hafiz..dalam 5 minit pon xsampai..
Sampai-sampai klinik tu, kena daftar dulu..pergi kat kaunter, and bayar RM 1. Pastu orang kat kaunter tu suruh pergi bilik kecemasan kat sebelah..kitorang pergi, then tunggu jap, datang sorang nurse ni..so kitorang cakapla nak buat test and tunjuk borangnya..sekejap je,xsampai 5 minit..nida biasa je time kena cucuk tu,sebab dulu time kat matrik penah gak wat test kat lab,cucuk jari sendiri..hehe..sambil2 tu, akak tu tanya nida, duduk mana pas kahwin nanti, lepas bersalin nanti check up mana, so nida jawab la, dok sini je kak, taman depan tu..nanti check up pon sini la..so, akak tu ckap, "Lepas ni pergi Klinik ibu dan anak kat depan tu..diorang bagi ubat untuk bakal pengantin " , "Ok kak " .
Then,Hafiz plak,hafiz xpenah kena cucuk..so time dia kena tu, dia terkejut..siap kalih muka..hehe..pastu nurse tu cam gelak la cakap laki pon terkejut..hehe..okay..da setel cucuk2 tu, akak nurse tu pon isi la borang yang kitorang bawak tu..lepas tu dia soh nida pergi klinik kesihatan ibu dan anak kat depan tu..then nida tanya dia,
" Er, kak..result test tu camana?"
" Tula resultnya"sambil tunjuk borang yg kitorang pegang..
"oh..ok,ok kak..tq"
Terkejut nida bile akak tu cakap result test kitorang hanyalah sehelai borang yang kitorang bawak tu...sebab before-before this, baca-baca blog b2b lain, sume siap dapat dalam sampul,seal lagi..huhu..
borang hiv test Negeri Perak
Lepas tu, kitorang pegi la klinik ibu dan anak tu..so cakapla kitorang nak kawin bulan 12, and nurse kat empat test tu soh datang amek ubat..so, nurse kat situ, panggil nida masuk bilik tepi tu, dia bukak satu buku, pastu temuramah nida..hehe..xdala temuramah apa, tanya nama, alamat apa sume,ada sakit apa-apa tak, amek tekanan darah, tinggi berat sume..then dia cakap, nanti lepas kawin, kalau 12 minggu or 2 bulan xdatang period, terus datang sini,buat test, kot-kot dah pregnant..huhu..dalam hati, eh cam xcaya aku nak kawin dah...pregnant? huu..lambat lagi kot..
Lepas habis tu, akak tu pon bagi la dua jenis ubat..ubat first tu, nama dia folic acid..rasanya yang mana mummy to be mesti tau folic acid ni kan...akak tu cakap da boley stat makan dari sekarang..makan sebijik sehari, tapi kalo ada tertinggal sehari xpe, mcm hari ni makan,esok xmakan ke, xpe..dia kata folic acid ni penting, untuk elak anak dari cacat...so ini la gambar folic acid tu :
Ubat yang kedua plak akak tu cakap untuk tambah hemoglobin..and kalau xsilap untuk kuatkan rahim..yang ni dia kata makan seminggu sebijik je..so dia xbagi banyak, dia bagi dua bekas je..
lupalak nama ubat ni..huu
After tu, seronok sangat..hehe..semua yang penting-penting dah setel, pasni lengkapkan borang, boley hantar..hehe..then, lepas habis kat klinik tu, kitorang gi umah besfren nida, emi..bawak si hafiz ni beraya..hehe...tapi bukan beraya je..kitorang tempah baju nikah hafiz kat mak emi..mak emi memang amek tempah baju..entry before this nida ada cite nida tempah baju nikah nida kat kawan mak emi ni..kalu nak baca pasal baju nikah nida tu ley Klik Sini.. so setel lagi dua benda hari tu...yeah..semangat nak kahwin datang membuak-buak...hahah...oh..tinggal 80 hari je lagi..cuaakkkk...huhu
* Layanan Klinik Kesihatan Tg. Rambutan sangat baik..semua staffnya ramah-ramah. =) untuk buat test ni, setiap hari boley, dan yang best, tak perlu appointment..nida and hafiz ada survey klinik lain..tapi mostly klinik kat ipoh ni buat setiap hari and tak perlu appointment..kalau ada sapa-sapa nak nombor telefon klinik kesihatan area perak, ley mintak kat nida ye.. =)
20 Nota Cinta